kerana perangai panas baran waris nyaris bertumbuk dengan lelaki arab 1

Kredit foto: Instagram Waris

Meskipun pelbagai inisiatif diambil, penyanyi rap, Waris akui masih bergelut menangani sikap panas baran yang dimilikinya.

Dalam mengatasi konflik dalaman yang dihadapi, Waris atau Muzammil Alias nekad menunaikan ibadah umrah buat kali kedua pada bulan lalu, membawa niat untuk mengikis sikap negatif itu.

Tidak dijangkakan, beliau berdepan pula dengan peristiwa yang telah menaikkan amarahnya. 

kerana perangai panas baran waris nyaris bertumbuk dengan lelaki arab 2

Kredit foto: Instagram Waris

"Saya ke sana membawa niat untuk membuang sifat panas baran. Biarpun cuba sedaya upaya mengawalnya, saya tewas apabila berlaku insiden yang membuat gagal mengawal kemarahan.

"Saya nyaris bertumbuk dengan lelaki Arab kerana menghalang laluan saya untuk mengucup Hajarul Aswad. Mujur ada pengawal yang menarik kami keluar untuk meleraikan ketegangan.

"Saya kesal kerana tidak mampu menahan sabar apabila diuji di Tanah Suci. Namun, saya bersyukur kerana hasrat untuk mengucup Hajarul Aswad akhirnya dimakbulkan Allah selepas solat Isyak pada hari sama," katanya kepada BH Online

Sementara itu, cerita penyanyi Gadis Jolobu ini lagi, kisah malangnya bermula sewaktu dalam penerbangan apabila menyedari kakinya bengkak secara tiba-tiba.

"Ketika dalam pesawat untuk aktiviti ziarah di Turki, kaki kiri saya tiba-tiba bengkak. Saya tidak boleh pakai kasut yang dibawa dan terpaksa membeli sepatu baharu," katanya.

Bercakap berkenaan keseluruhan pengalaman itu, Waris berkata, dia tetap bersyukur kerana kesemua urusannya berjalan dengan baik.

Difahamkan, pemergiannya bersama isteri itu turut disertai sembilan orang ahli keluarga dengan niat untuk berkongsi rezeki yang ada. 

"Sudah lama saya berhasrat untuk membawa keluarga dan mentua ke sana. Lebih lima tahun saya menyimpan duit untuk melunaskan niat itu. Saya mahu menggembirakan keluarga dengan cara ini.

"Kita pun tidak tahu bila lagi akan mendapat rezeki menjadi tetamu-Nya," katanya.


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)