Kredit foto: Instagram Alif Satar 

Penyanyi dan pelakon Alif Satar dalam kenyataan terbarunya mendedahkan hasrat untuk berpindah ke negeri Sabah.

Perancangan tersebut dipersiapkan dengan beberapa kemudahan seperti rumah dan kereta yang telah dibeli Alif di negeri tersebut.

Malah beliau juga mempunyai perniagaan restoran yang diusahakannya bersama rakan kongsi di sana. 

punca alif satar bakal berpindah ke sabah 2

Kredit foto: Instagram Alif Satar

Sebelum ini saya selalu mengunjungi Sabah kerana atas tuntutan kerja dan sebagainya. Setelah sering kali ke sana, bagi saya Sabah adalah negeri yang menyenangkan untuk saya tinggal dan bawa keluarga saya. Tak tahu nak cakap macam mana tapi apa yang boleh saya katakan saya sudah jatuh cinta dengan Sabah. Sekarang saya sudah mempunyai sebuah restoran di sana dan sebab itu juga membuatkan saya mahu menetap di sana. Saya amat teruja untuk membawa anak dan isteri berpindah ke sana dan saya sudah membeli rumah serta kereta di Kota Kinabalu, Sabah untuk kemudahan saya dan keluarga nanti.

Sumber: Astro Gempak

Perniagaan restoran Alif yang diberi nama A's Cafe dan terletak di Padang Kontena Yayasan Sabah itu baru sahaja beroperasi hampir dua bulan yang lalu.

Menurut Alif, buat masa ini dia terpaksa berulang-alik ke negeri tersebut untuk menyempurnakan segala kerja berkaitan perniagaannya di sana.

punca alif satar bakal berpindah ke sabah 3

Kredit foto: Instagram Alif Satar

Kafe ini terletak di Padang Kontena Yayasan Sabah. Saya melihat lokasi ini sebagai lubuk emas untuk menawarkan pelbagai pilihan makanan citarasa semenanjung memandangkan ia berada di tengah-tengah Kota Kinabalu. Bukan mudah mengendalikan perniagaan ini jika memikirkan soal logistik tetapi keputusan mengusahakan A’s Cafe didorong oleh tenaga pasukan serta rakan kongsi saya di sana yang mantap.

Sumber: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)