video yusuf iskandar menangis trofi ame2017 dirampas cecah satu juta tontonan

Kredit foto: Instagram Yusuf Iskandar

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen telah memuat naik video beliau bersama anak lelakinya, Yusuf Iskandar di Instagram.

Video yang dikirimkan di akaun Instagram anaknya itu sehingga kini telahpun meraih lebih sejuta tontonan. 

Niat asal Hairul pada mulanya hanyalah ingin memaparkan kemesraan beliau merebut trofi Si Cilik MeleTop, Anugerah MeleTOP ERA 2017 (AME 2017) yang dimenangi Yusuf. Bagaimanapun video tersebut akhirnya mendapat sambutan yang luar biasa daripada netizen. 

Dalam paparan video pendek itu menyaksikan setiap kali Hairul merampas trofi daripada tangan Yusuf, anaknya itu akan menjerit dan menangis. 

Gelagat suami kepada aktres Hanis Zalikha mengusik anaknya itu turut menerima sambutan komen sebanyak lebih daripada lapan ribu. Rata-ratanya memuji riak wajah Yusof yang sangat comel ketika menangis. 

Terdahulu, Yusof Iskandar yang meraih trofi kategori Si Cilik MeleTop di AME 2017 tidak dapat hadir ke acara anugerah atas sebab tertentu. Akhirnya Hairul berkongsi video pendek lucu tersebut di laman Instagram sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang mengundi Yusuf. 


tags : , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)