tak tahan rindu alif satar kejutkan anak 1

Kredit foto: Instagram Alif Satar

Aktor Alif Satar akui pernah merungut kerana dihimpit dengan jadual kerja yang penuh.

Menurut Alif, dia tidak dapat menerima hakikat itu kerana masa untuk bersama keluarga hampir tiada.

Namun akhirnya dia kembali mengingatkan diri tentang tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki.

"Pernah saya merungut apabila terpaksa berkejar-kejar demi tuntutan kerjaya. Tetapi, setiap kali itu juga saya ingatkan diri, semua ini saya lakukan untuk keselesaan insan tersayang. Bidang seni menjadi sumber pendapatan utama saya untuk menyara keluarga.

"Selagi diberikan Tuhan kudrat dan kekuatan, saya tidak akan penat mencari rezeki. Setiap kali menerima tawaran, saya akan laksanakan dengan penuh kesungguhan kerana saya mahu mencari keberkatan dalam hidup," katanya memetik laporan portal Berita Harian Online.

Angkara itu, Alif adakalanya sanggup mengejutkan anak-anaknya seawal pagi semata-mata untuk bermain.

Ini berikutan kebanyakan waktu lapangnya adalah pada awal pagi, sementara akan memulakan kerja menjelang tengahari.  

tak tahan rindu alif satar kejutkan anak 2

Kredit foto: Instagram Alif Satar

Demi tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga, Alif turut merancang sebuah percutian khas setiap tahun.

"Saya sudah berpesan kepada pengurus, apa juga kerja harus dimulakan selepas jam 10 pagi kerana saya mahu terlebih dulu luangkan masa bersama-sama isteri dan anak-anak.

"Ada ketika, apabila terlalu rindukan gelagat anak-anak, saya akan kejutkan mereka yang sedang tidur untuk bermain. Isteri pernah marah kerana saya mengganggu tidur mereka.

"Setiap tahun, saya akan pastikan untuk membawa mereka pergi bercuti dan pada masa itu, saya akan tebus semula masa dengan menggembirakan hati anak-anak," dedahnya.

Dalam perkembangan lain, Alif berasa terharu dengan kejutan majlis daripada peminat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-27 pada 19 September lalu.

Malah di kalangan para peminat yang hadir, ada yang datang dari Pulau Pinang, Kedah termasuk Singapura.

Sokongan kuat mereka hanya mampu dibalas dengan kerja kerasnya sebagai anak seni. 

"Saya terharu apabila setiap apa yang saya lakukan sentiasa mendapat sokongan penuh peminat. Lihat apa yang mereka lakukan untuk saya ini. Mereka sanggup keluarkan duit poket semata-mata untuk membuat kejutan majlis hari lahir saya.

"Melihat sokongan tidak berbelah-bahagi mereka, setiap kerja yang saya terima akan saya lakukan bersungguh-sungguh. Ada masanya, saya akan mengajak mereka menyertai program atau majlis yang saya sertai.

"Hanya dengan cara itu saya dapat membalas budi baik mereka. Saya juga bersedia meluangkan sedikit masa untuk melayani mereka kerana saya berdiri kukuh atas keikhlasan sokongan peminat," katanya. 

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)