Oleh pada 27 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Liyana Jasmay

    

Pelakon Liyana Jasmay tampil menjawab berhubung isu foto terbaharunya yang tidak lagi mengenakan tudung di Instagram.

Liyana, 32, berkata, dia enggan berbicara mengenai perkara yang tidak membabitkan kerjaya seni.

   

liyana jasmay ig

Kredit foto: Instagram Liyana Jasmay

    

“Kalau bukan mengenai kerja atau kerjaya saya, saya tak mahu komen.

"Saya hanya akan memberikan kenyataan jika berkaitan kerja saja,” jawabnya memetik laporan Harian Metro.

Tindakan pelakon filem Khurafat itu yang memuat naik gambar terbaharu tidak berhijab mengundang kecaman ramai.

Kebanyakan pengikutnya di laman sosial itu mempersoalkan perkongsian gambar dan video beliau sewaktu menikmati percutian di Gold Coast, Australia yang mana turut memperlihatkan kehadiran pelakon Intan Ladyana di sisi.

Bagi segelintir peminat artis yang pernah merakamkan single Aku Tak Percaya Cinta ini, mengharapkan agar dirinya kembali mendapat hidayah untuk mengenakan tudung semula.

Imbas kembali, Liyana mula tampil dengan imej menutup aurat sejak akhir Julai 2017.

   

Info Ringkas Liyana Jasmay

  • Nama sebenarnya, Liyana binti Jasmay.
  • Anak kelahiran Kuantan, Pahang.
  • Berumur 32 tahun (2020).
  • Terkenal menerusi peranan dalam filem Castello, Histeria, Kami The Movie, Papadom dan Khurafat.
  • Penyanyi single Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Jujur dan Cinta Bersatu.
  • Pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22, Pelakon Wanita Terbaik (Filem) di Anugerah Skrin 2009, Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 dan Best On the Screen Chemistry (bersama Afdlin Shauki) di Shout Awards 2010 - sumber Wikipedia.

   

Sumber berita: Liyana Jasmay tak mahu komen

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)