Oleh pada 11 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Nabil Ahmad & Instagram Alyah

    

Pengacara sensasi, Nabil Ahmad membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datin Alyah rentetan isu menjadikan penyanyi itu sebagai bahan jenaka sewaktu mengendalikan program Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Kenyataan itu dibuat dalam siaran langsung rancangan terbabit pada malam tadi, sebaik Alyah menyudahkan persembahan pembukaan sebagai artis jemputan.

Permohonan maaf itu bagaimanapun dilakukan oleh rakan gandingannya, Jihan Muse sebagai mewakili Nabil.

“Datin pun fahamkan kami daripada keluarga GV besar, tetapi saya mewakili Nabil, dia kata dia nak minta maaf (kepada Alyah) sekiranya ada kata-kata yang mengguris hati Datin. Kami faham Datin mungkin tidak ambil hati,” ujar Jihan dalam konsert GV6 minggu kelima.

Dalam pada itu, Alyah atau nama penuhnya, Noor Hasliah Abu Hasan, 38, menyambut baik ucapan maaf berkenaan dengan mengatakan dirinya tidak pernah terkesan kerana sudah terbiasa diusik sedemikian rupa setiap kali penganjuran GV.

   

datin alyah 635

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

“Ada benda (kata-kata) yang dia (Nabil) cakap kadang-kadang macam perlu ke? Tetapi saya tidak ambil hati.

“Dia (usikan) macam sudah biasa, (dan) dia acara tahunan,” respon Alyah bersahaja.

Terdahulu, nama Alyah dan suaminya, Datuk Ramli MS kekal terpalit sebagai bahan usikan Nabil dan Jihan ketika menghoskan GV musim terbaharu, tahun ini.

Kemunculan Alyah di pentas GV6 sebagai mempromosikan single terkininya yang berjudul Meluruh.

   

Sumber berita: Nabil Ahmad Mohon Maaf Kepada Alyah Secara Langsung

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)