Oleh pada 06 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Mstar

Aktres, Lana Nordin, akan membuat sidang media khas berhubung kes pergaduhan dengan penyanyi Noorshila Amin di Singapura baru-baru ini.

Beliau berkata, isu itu diserahkan kepada peguam untuk diselesaikan.

“Sebenarnya saya tidak sangka kes ini jadi besar. Memandangkan pihak di sana membuat sidang media, saya terpaksa meminta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya memetik laporan portal Harian Metro.

Terdahulu, Norshila mengangkat sumpah laknat dalam sidang media untuk membersihkan namanya selepas didakwa melakukan penipuan wang terhadap lapan artis yang terlibat dalam sebuah ekspo di Brunei, pada April lalu.

Artis berkenaan ialah Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Anina Ahmad B, Liza Abdullah, Shila Mambo, Rozie Othman, Zul Yahya dan Aiman Tino.

Dalam pada itu, Lana mempersoalkan tindakan Norshila yang tidak mendapatkan penjelasan penganjur terlebih dahulu tentang pertuduhan berkenaan.

“Saya tidak mahu bercerita panjang hal ini, biar selesai urusan perniagaan di Singapura barulah saya buat sidang media," katanya.

Isu perang Lana dan Noorshila diketahui umum selepas pengacara Roslan Shah mendedahkannya menerusi Facebook Secara Langsung.

Norshila dikatakan menendang troli Lana sewaktu menjalankan perniagaan di Singapura.

Berikutan itu, Norshila membuat laporan polis terhadap Roslan pada 3 Disember diikuti Lana keesokan harinya di Balai Polis Seremban 2.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)