Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berasa keliru apabila ada pihak menyebarkan kisah rumah tangganya dengan dakwaan yang tidak tepat.
Walhal, suami kepada Datin Seri Shahida itu menganggap perkahwinan mereka masih lagi dalam suasana bahagia.
"Kalau tanya saya, ya... bagi saya kami masih bahagia. Saya pun tak tahu akan ada isu sedemikian (cerai) sebab selama ini bagi saya okey saja.
"Tapi tak mengapalah, saya pun tak mahu nak tuduh atau burukkan mana-mana pihak sebab paling penting anak-anak saya yang sedang membesar," kata Aliff kepada portal Media Hiburan.
Malah, Aliff berkata, surat tuntutan cerai yang tersebar di alam maya tatkala ini bukanlah datang daripada pihaknya.
Baca: Biodata Usahawan Kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri
Baca: Biodata Datin Shahida, Isteri Datuk Aliff Syukri
Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
"Surat (tuntutan cerai) itu bukan dari saya pun. Netizen salah faham ni. Kalau tengok betul-betul, bukan saya yang tuntut atau failkan.
"Saya sendiri pun terkejut apabila ia tiba-tiba viral. Saya harap tidak ada lagi yang bertanya mengenai siapa yang failkan atau sebaliknya," ulasnya.
Dengan penjelasan itu, Aliff berharap agar semua pihak dapat memahami situasi yang sedang didepaninya, justeru tidak lagi menyebarkan sebarang spekulasi.
"Jujur saya terkejut apabila tiba-tiba banyak teks masuk bertanya itu dan ini tentang hal rumah tangga saya. Ada yang menuduh dan tak kurang yang membuat spekulasi sendiri," katanya lagi.
Terdahulu, surat tuntutan cerai dipercayai milik pasangan itu menjadi tular dan mereka dikatakan sudah beberapa bulan tidak sebumbung.
Tinjauan di Instagram mendapati jutawan itu sering berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur.
Perkongsian hidup Aliff dan Shahida, sehingga kini dilengkapi dengan kehadiran lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusof Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah.
Sumber berita: “Netizen Salah Faham Ni,” – Aliff Syukri Dedah Masih Bahagia, Perjelas Situasi Rumah Tangganya Kini