Oleh pada 27 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Ary Muzamer

Aktres Liyana Jasmay kini telahpun mengenakan hijab.

Berita tersebut menjadi tular selepas Liyana memuat naik fotonya mengenakan hijab di laman Instagram. 

Tidak ketinggalan, jurusolek selebriti, Ary Muzamer turut mengemaskini akaun Instagramnya yang memperlihatkan Liyana dengan imej terbarunya itu. Ary turut memberi pesanan melalui kapsyennya yang berbunyi, "Semoga terus istiqamah. Amin."

Sementara itu, menerusi laporan portal Astro Gempak memberitahu mereka telahpun menghubungi pihak pengurusan Liyana iaitu Uprising Entertainment untuk mendapatkan pengesahan tentang berita berkenaan.

Wakil Uprising memaklumkan penyanyi itu telah mula berhijab sejak semalam (26 Julai).

Pastinya berita tersebut adalah perkhabaran baik buat peminat Liyana. Kami doakan semoga beliau akan terus sukses bersama imej terbarunya ini.

liyana jasmay kini berhijab 2

Kredit foto: Instagram Liyana Jasmay




Hakcipta iluminasi.com (2017)