Oleh pada 20 Apr 2017 kategori

punca zarina zainuddin buka tudung dalam drama 1 938

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Demi menjayakan watak lakonan yang dibintanginya, pelakon Zarina Zainuddin dalam sebuah foto terbaru yang dimuat naik baru-baru ini mendedahkan dirinya yang berimej tanpa hijab dan mengenakan rambut palsu. Foto tersebut menimbulkan persoalan ramai akan pendirian yang dipegang pelakon ini di mana sebagaimana yang diketahui umum Zarina telahpun berhijrah dan mengenakan tudung. 

Menjawab tanda tanya itu, pelakon itu mengakui tindakannya salah dari hukum agama tetapi tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian kerana tuntutan watak. 

punca zarina zainuddin buka tudung dalam drama 3

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama. Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh. Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama. Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri.

Sumber: BH Online

Menurut Zarina lagi, meskipun sudah berhijab dia masih menganggap dirinya belum sempurna dan dalam proses memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. 

Seperti yang saya katakan sebelum ini, pendapatan utama saya adalah berlakon. Pada masa sama, perlahan-lahan saya belajar memperbaiki diri dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik. Berhijrah tidak bermakna saya sudah 100 peratus sempurna.

Sumber: BH Online 

Sememangnya isu sebegini agak sensitif untuk diperkatakan. Apapun sebelum menilai orang lain, baiklah kita cerminkan diri sendiri dahulu dan perbaiki kekurangan yang ada. Semoga kita sama-sama dapat menjadi manusia yang lebih baik dari masa ke masa. 


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)