Oleh pada 05 Apr 2017 kategori

Kredit foto: BH Online

Sejak beberapa hari lalu, tersebar sekeping gambar pelakon Sara Ali dengan penampilan tidak bertudung. Gambar itu turut merakamkan beliau bersama seorang lelaki ketika bercuti di Shanghai, China. 

Gambar tersebut seterusnya menimbulkan dakwaan bahawa pelakon yang pernah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2015 tersebut tidak lagi mengenakan hijab. 

Ketika cuba diwawancara melalui aplikasi Whatsapp, Sara mengeluarkan sedikit ucapan ringkas. 

Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham.

Sumber: BH Online

Difahamkan, foto tersebut mula dimuat naik ke akaun Instagram lelaki yang bersama-sama dengannya dalam gambar.

Bagaimanapun selepas cuba diwawancara tentang isu gambar tersebut, akaun terdahulu diletakkan dalam mode 'private'

Malah, semalam Sara turut berkongsi sebuah foto seorang wanita di meja makan tanpa mengenakan hijab dan gambar tersebut juga dipercayai adalah dirinya yang dirakamkan di Shanghai, China. 

Terdahulu, pelakon tersebut mengambil keputusan untuk bertudung iaitu pada Januari 2016. 

Semasa dalam imej tersebut, Sara pernah terlibat dalam menguruskan program Raudhah Iman, di bawah syarikat, HMEO Agency Sdn Bhd, yang dibangunkan akhir tahun lalu

Difahamkan program tersebut bertujuan memberikan khidmat nasihat dan pendidikan kepada umat Islam untuk membebaskan diri daripada belenggu hutang serta riba.

Dalam perkembangan seni pula, Sara pernah muncul dalam filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng iaitu pada tahun lalu. 

Sepanjang mengenakan tudung, Sara dilihat sebagai seorang yang jarang memuat naik fotonya di laman sosial, sebaliknya lebih selesa meletakkan foto individu lain atau gambar pemandangan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)