Oleh pada 17 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri, Nur Sajat Kamaruzzaman dan Lucinta Luna mengundang perhatian sepanjang minggu lalu apabila penyanyi rap Indonesia, Roy Ricardo mendakwa ianya karya ciplak daripada lagu dengan judul sama dinyanyikannya pada tahun 2014. 

Aliff bagaimanapun menerusi kiriman Instagram menafikan perkara itu.

Katanya, kedua-dua lagu hanya berkongsi judul dan bukannya melodi sebagaimana diperkatakan. 

akhirnya aliff syukri jawab isu ciplak lagu bobo dimana 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

"Lagu itu jauh sekali berbeza, Tiada siapa yang ciplak, cuma tajuk yang sama," tulis Aliff.

Aliff berkata, dia juga hanya menjalankan tanggungjawab sebagai penyanyi lagu tersebut. 

Sehubungan itu, beliau tidak merasakan persoalan isu itu wajar diajukan kepadanya melainkan pencipta dan penulis senikata sebenar.

"Komposer dan penulis lirik semua orang Indonesia. Mana saya tahu. Saya penyanyi sahaja," katanya lagi.

Terdahulu, lagu tersebut yang dimuat naik di laman Youtube pada 5 September 2018 menimbulkan kemarahan orang ramai kerana didakwa mengandungi unsur lucah yang juga tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)