Oleh pada 17 Aug 2017 kategori

isteri saleem maki syarikat rakaman gelar ibu syafiq farhain tak tahu didik anak

Kredit foto: ohbulan.com 

Menerusi laporan Harian Metro semalam, penyanyi Syafiq Farhain menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya pernah membuat tuduhan buruk kepada Saleem dan enggan mengaku beliau sebagai bapa. Malah Syafiq mendakwa hubungan dengan Saleem masih dalam keadaan baik.

Terkini, isteri Saleem, Julia Bachok yang juga merupakan pengurus kepada Saleem telah hadir ke pejabat syarikat rakaman Syafiq petang semalam untuk menyelesaikan kemelut antara mereka. Kunjungan tersebut turut disertai wartawan akhbar Utusan yang membuat rakaman video lintas langsung menerusi Facebook Live.

Dalam video selama 20 minit itu, kelihatan Julia seperti hilang akal memaki hamun kerana tidak puas hati dengan wakil syarikat rakaman yang tidak hadir pada temujanji mereka. Malah Julia turut menyelar netizen di media sosial yang membuat spekulasi tanpa mengetahui kisah sebenar.

Walaupun amukan Julia dilihat keterlaluan, namun jelas sekali menggambarkan kesabarannya yang sudah berada di luar batas kerana ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap Saleem meskipun sudah diberi amaran.

Sebuah lagi video berdurasi hampir 14 minit juga daripada pihak Utusan menayangkan pihak Saleem dan syarikat rakaman Syafiq bersemuka untuk mencapai kata sepakat. Akhirnya wakil pihak rakaman memohon maaf secara terbuka kepada Saleem dan Julia sekaligus berjanji untuk berhenti mengaitkan nama Saleem dalam sebarang promosi yang melibatkan Syafiq.

Ini videonya: 

Kredit video: Youtube Utusan Online


tags : , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)