Oleh pada 29 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Izzar

Rata-rata netizen melontarkan pujian terhadap tindakan suami kepada aktres Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari yang menyunting bahagian aurat gambar isterinya.

Dalam sebuah foto yang dimuat naik di laman Instagram, Izzar menggelapkan bahagian pergelangan tangan Ummi yang terdedah kerana memegang stering ketika memandu.

foto suami ummi nazeera lindung aurat isteri dapat pujian 2

Kredit foto: Instagram Izzar

Ketenteraman jiwa terganggu apabila isteri menawarkan untuk memandu. Jalan-jalan di kampung dia. Bismillah. Pakai tali pinggang keledar.

Menerusi ruangan komen, netizen menyifatkan Izzar sebagai seorang suami yang prihatin dan bertanggungjawab.

Ramai sependapat Izzar memiliki ciri-ciri seorang suami yang jarang terdapat pada lelaki moden masa kini.

@nurasmiraemiliana - Bagusnya suami jaga aurat isteri.

@syiera_vinvera - Ya, suka baca kapsyen doktor ni. Mesti kelakar orangnya. Untung isterinya asyik gelak saja. 

@syau.qinaI - Suka cara awak yang melindungi aurat isteri. 

foto suami ummi nazeera lindung aurat isteri dapat pujian 3

foto suami ummi nazeera lindung aurat isteri dapat pujian 4

foto suami ummi nazeera lindung aurat isteri dapat pujian 5

Kredit foto: Instagram Izzar




Hakcipta iluminasi.com (2017)