Oleh pada 06 Sep 2017 kategori

Kredit foto asal: Instagram.com/errafazira & Instagram.com/laudyacynthiabella

Pelakon Erra Fazira meluahkan rasa syukur akan khabar gembira bahawa bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Aktres berusia 42 tahun yang terkenal dengan jolokan 'primadona filem Melayu' itu menerima dengan hati terbuka sebaik diperkenalkan buat pertama kali oleh Emran dengan Laudya yang juga bakal menjadi ibu tiri kepada anak mereka, Engku Aleesya.

Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.

Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut.


Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella. 


Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin.

Untuk pengetahuan, Erra dan Emran melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 2007 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 18 Februari 2014.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)