Oleh pada 20 Aug 2017 kategori

apa dia buat tu tak baiklah caranya untuk jadi isteri harus ada sifat hormat datuk red 1

Kredit foto: gosipmalaysia.com & Beautifulnara

Sebelum ini terdengar perkhabaran kurang enak apabila Datuk Red dikatakan "kantoi" cuba memikat seorang pelakon "N" dari Sabah hingga diketahui isterinya, penyanyi Adira.

Malah, Datuk Red sendiri membuat pengakuan berani mati akan niatnya untuk mencari calon isteri ketiga.

Bagaimanapun, usahawan hartanah itu mengakui selepas berkenalan dia mendapati "N" tidak menepati kriteria yang diinginkan.

apa dia buat tu tak baiklah caranya untuk jadi isteri harus ada sifat hormat datuk red 2

Kredit foto: Instagram Datuk Red
Ya, memang benar saya sedang mengenali hati budinya. Tetapi saya sendiri tidak tahu apakah motifnya memecahkan rahsia dan mengadu semuanya pada Yayang (Adira). Saya serius sedang mencari isteri ketiga. Ini bukan main-main. Tetapi apalah nasib, saya cari yang serius saya dapat yang main-main.
Sumber: Media Hiburan

Jelas Datuk Red, tiada masalah yang timbul daripada kedua-dua isterinya selepas mengetahui berita berkenaan, namun begitu Datuk Red tidak gemar dengan cara "N" membocorkan kisah mereka kepada Adira.

apa dia buat tu tak baiklah caranya untuk jadi isteri harus ada sifat hormat datuk red 3 83

Kredit foto: Instagram Datuk Red
Yayang okay sahaja, isteri pertama pun okay. Siap boleh makan bertambah. Cuma apa yang dia buat tu tak baiklah caranya. Dia buat Yayang (Adira) dengar cerita ni dari pihak lain bukan daripada saya sendiri.
Sumber: Media Hiburan

Mengulas tentang status hubungannya dengan "N" kini, Datuk Red mendedahkan ianya sudah berakhir. Beliau menolak "N" dengan alasan wanita itu tidak mempunyai ciri-ciri isteri idamannya.

Bagi saya, selepas penyebaran cerita ini hubungan kami berakhir begitu sahaja sebab saya memang tak nak N lagi. Dia langsung tidak memenuhi kriteria isteri yang saya cari. Bagi saya untuk menjadi salah seorang isteri haruslah ada sifat respek dan hormat semua orang sekeliling. Tetapi selepas apa yang jadi saya nampak N tiada ciri-ciri ini.
Sumber: Media Hiburan

Difahamkan, "N" adalah seorang pelakon baru yang juga merupakan bekas peserta program realiti tv popular.

Dalam pada itu, Datuk Red menegaskan masih menyimpan hasrat mencari isteri ketiga untuk memenuhi kuota. 


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)