Oleh pada 19 Aug 2017 kategori

selepas mengamuk ini lagi kenyataan terbaru isteri saleem

Kredit foto: Mstar 

Isteri penyanyi Saleem Iklim, Julia Bachok akhirnya tampil memohon maaf atas kekasarannya menyerang syarikat rakaman Music Valley beberapa hari lalu.

Julia yang juga merupakan pengurus Saleem menganggap dirinya bertindak di luar kawalan kerana sedang berada dalam keadaan marah.

Assalamualaikum, saya selaku pengurus kepada Saleem dan ini adalah saya yang sebenarnya. Julia yang tiga hari lalu bukanlah saya. Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, terutama sekali kepada orang Johor. Bila saya tengok semula video saya, saya amat sedih. Masa saya marah itu dalam keadaan beremosi. Saya tertekan kerana suami baru keluar hospital. Ditambah pula dengan tekanan yang diberikan di luar sana, saya betul-betul tak dapat kawal. Saya amat menyesal dan memohon maaf kepada yang terkesan dengan kata-kata saya.

Julia mengeluarkan kenyataan tersebut ketika ditemui oleh pihak Utusan Online dalam sebuah temubual untuk menjernihkan kekeruhan yang melanda. Turut hadir bersama adalah Saleem dan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez.

Freddie yang bertindak sebagai orang tengah menyatakan kesediaan untuk membantu pihak Saleem menangani krisis kerjaya seninya. Freddie mengakui Saleem adalah anak seni yang berjasa besar dalam industri hiburan dan tidak sewajarnya diabaikan oleh pihak Karyawan.

Terdahulu, video Julia mengamuk di hadapan pejabat Music Valley menjadi tular. Ketika kejadian, Julia diwawancara oleh pihak Utusan Online dan temubualnya dipancarkan secara langsung menerusi Facebook Live.

Julia berang kerana syarikat rakaman Music Valley mengaut keuntungan atas nama Saleem untuk menaikkan populariti penyanyi baru, Syafiq Farhain. Tindakan Julia diselar netizen kerana dianggap biadab dan keterlaluan. 

Kredit video: Youtube Utusan Online

tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)