Oleh pada 22 Nov 2017 kategori

isteri nabil pula tampil buat kenyataan

Kredit foto: Instagram Nabil

Kritikan negatif netizen terhadap gaya pengacaraan hos sensasi Gegar Vaganza 4 (GV4), Nabil Ahmad yang menjadi topik hangat di media sosial, kebelakangan ini, turut memberi impak kepada isterinya, Zira Ayub.

Mengambil pendekatan untuk tidak masuk campur, Zira atau nama penuhnya, Nazirah Ayub, memandang isu tersebut daripada sudut positif.

"Semestinya sebagai isteri, saya turut terkena tempias apabila orang di luar sana mempertikaikan kerja Nabil. Namun, saya memandangnya dari segi positif dan menetapkan minda, ia hanyalah sebuah program televisyen.

"Begitupun, ada di kalangan netizen yang sengaja ingin menjatuhkan dengan melemparkan sesuatu kata-kata tanpa asas. Jadi, saya memilih untuk mengetepikan komen sebegitu. Namun, kritikan membina yang dapat membantu perkembangan kerjaya, saya jadikannya sebagai panduan atau rujukan.

"Sebagai pengacara, penting untuk seseorang menjadi dirinya sendiri, namun tetap memastikan sesebuah majlis atau acara lebih meriah dengan kreativiti tersendiri," katanya memetik laporan portal BH Online.

Zira membuat kenyataan tersebut di konsert keempat GV4 yang berlangsung di Bukit Jalil pada Ahad.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua anak perempuan.

Terdahulu, jenaka bersahaja Nabil dalam program berkenaan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak hingga menjadi topik hangat didebatkan di media sosial.

Konsert GV4 bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: BH Online

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)