Oleh pada 21 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aishwarya Rai

Bintang terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan akhirnya memiliki akaun Instagram rasminya sendiri sebelum menghadiri acara karpet merah Festival Filem Cannes ke-71 baru-baru ini.

Sepanjang kerjayanya, aktres berusia 44 tahun itu dikenali sebagai seorang yang amat menjaga privasi dan tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.

Kiriman pertama Aishwarya Rai merupakan grid yang membentuk sebuah foto lama bersama anaknya, Aaradhya yang kini berusia 6 tahun.

instagram aishwarya rai kumpul 2 9 juta pengikut dalam 10 hari 1

Kredit foto: Instagram Aishwarya Rai

Sejak dibuka pada 11 Mei lalu, akaun tersebut sehingga kini berjaya mengumpul seramai 2.9 juta pengikut.

Namun, Aishwarya Rai masih tidak mengikuti mana-mana akaun Instagram termasuk suaminya sendiri.

Sumber:

1. Facebook Hindustan Times

2. Facebook IE Entertainment

3. Facebook Global Express News

4. Facebook FA9 News

5. Facebook Online News Community

6. Facebook CineCluster

7. Facebook Aishwarya Rai Fan 

Penafian: Semua maklumat berita adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)