Oleh pada 25 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @nadyasyahera & Instagram @fizulnawi_

        

Tindakan Fizul Nawi bertanya pendapat netizen menerusi 'poll' di media sosial tentang keputusan masa depan rumah tangganya, mengundang rasa terkejut pelakon Nadya Syahera.

Nadya, 26, berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar suaminya itu berbuat demikian, meskipun beranggapan dia sedang diselubungi rasa marah.

"Saya memang agak terkejut apabila diberitahu Fizul ada meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercerai atau tidak di Instastory dia.

"Tak tahu apa niat sebenar dia buat macam tu. Sebab selama ini, dia tidak pernah pula kata nak cerai tapi ada la juga bagi bayangan seakan nak ke arah itu.

"Saya pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Mungkin apa yang dimuat naik itu dalam keadaan dia sedang marah dan tidak boleh berfikir secara rasional," katanya kepada Mstar.

Terdahulu, warganet gempar menerima berita pergolakan rumah tangga melanda pasangan itu kerana didakwa angkara kehadiran orang ketiga iaitu adik kepada pengasas kosmetik terkenal.

Pendedahan pelakon Rahsia Hati Perempuan itu tentang kecurangan suaminya bagaimanapun mengundang rasa kesal Fizul kerana dianggap telah mencalarkan maruah dia sekeluarga.

Sementara itu, Nadya mempertahankan tindakannya membuka pekung rumah tangga sendiri dengan alasan apa yang diperjuangkan sekadar ingin memberi pengajaran kepada suami, termasuk wanita yang gemar menggoda suami orang.

Nadya berkata, dia dan Fizul juga masih berhubung dan akan mencari titik penyelesaian bagi menamatkan konflik, sebaik suaminya yang kini berada di Kelantan pulang ke rumah.

      

suami buat poll di instagram bercerai atau tidak ini respon nadya syahera 2

Kredit foto: Instagram @nadyasyahera

     

"Saya bukan nak jatuhkan maruah sesiapa atau nak aibkan suami sendiri. Apa yang saya buat ni hanya ingin mengajar dia dan wanita-wanita yang suka 'menyondol' suami orang.

"Buat masa sekarang ini, saya masih berhubung dengan Fizul melalui telefon sebab saya pun masih isteri dia dan ada anak-anak perlu diutamakan.

"Tapi saya akan berbincang mengenai masalah kami bila dia balik sini (Kuala Lumpur) sebab sekarang dia berada di Kelantan untuk uruskan perniagaan," katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan sehingga kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.

     

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)