Oleh pada 14 Aug 2018 kategori

terlaris dalam sejarah inilah kutipan terkini filem hantu kak limah selepas 4 hari tayangan 1

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Hanya selepas empat hari tayangan, filem Hantu Kak Limah (HKL) berjaya memperoleh kutipan melebihi RM9 juta, sekaligus menjadikan ia sebagai filem tempatan terlaris dalam sejarah dalam tempoh itu.

HKL terlebih dahulu mencipta rekod dengan kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,00 di hari pembukaan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos lalu, sebelum kejayaan mengumpul RM1.8 juta di hari pertama tayangan.

terlaris dalam sejarah inilah kutipan terkini filem hantu kak limah selepas 4 hari tayangan 2

Kredit foto: Instagram Astro Shaw

Sehubungan dengan itu, jumlah pawagam menayangkan filem arahan Mamat Khalid ini ditambah ke 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Tayangan di Singapura pula bakal bermula pada 16 Ogos ini.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim merakamkan penghargaan atas sokongan padu yang diberikan para penonton, kerjasama daripada rakan media termasuk pihak pawagam.

HKL di bawah terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, menampilkan barisan pelakon terkemuka seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan ramai lagi.


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)