Pernah tak anda terfikir dari mana asalnya perkatan yang mewakili negara dengan populasi tertinggi di dunia, iaitu China?
Perkataan "China" berasal dari perkataan Parsi bagi porselin atau seramik tembaga, iaitu "Chini".
Para pedagang Portugis mula-mula menggunakannya untuk merujuk porselin sebagai "China", disebabkan porselin berasal dari negara ini.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan secara perlahan-lahan, ia menjadi perkataan utama untuk merujuk kepada negara ini yang telah dipopularkan melalui perdagangan di sepanjang Jalan Sutera.
Perkataan Parsi 'Chini' ini sendiri berasal dari Sankrit 'cina' yang mana China digambarkan oleh India kuno. Walau bagaimanapun, perkataan ini tidak berasal dari dinasti Qin seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang.
Panggilan rakyat China terhadap negara mereka
Nama Inggeris ringkas untuk Republik Czech kini adalah Czechia (disebut CHEH-khiyah).
Secara rasmi diluluskan oleh kerajaan Czech dan secara rasmi berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, nama ini memudahkan masyarakat antarabangsa untuk merujuk kepada negara Eropah Tengah itu.
"China" pula adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia untuk merujuk kepada negara dengan populasi tertinggi di dunia, namun dengan nama apa orang Cina memanggil negara mereka sendiri?
Semasa tempoh ketika negara China bersatu di bawah satu tampuk pemerintahan, nama dinasti menjadi nama bagi negara ini. Oleh itu, nama negara ini bertukar-tukar termasuklah "Great Tang", "Great Qing" dan sebagainya.
Prinsip yang sama digunakan apabila China dibahagikan, dengan negara-negara individu, besar atau sebaliknya, menggunakan nama mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, beberapa nama telah digunakan untuk mewakili idea sebuah negara yang bersifat geografi dan budaya yang serupa dan yang paling terkenal adalah "Zhongguo" bermaksud Kerajaan Tengah.
Rekod terawal penggunaan nama ini adalah satu tulisan tembaga bertarikh pada abad ke-11 SM, yang merujuk kepada kawasan sekitar China Tengah pada hari ini.
Selama berabad-abad, nama Zhongguo digunakan dalam penghantaran diplomatik ke negara-negara jajahan asing tetapi nama dinasti masih menjadi nama rasmi negara.
Kali pertama Zhongguo digunakan sebagai nama rasmi negara China adalah dalam Perjanjian Sino-Rusia Nerchinsk pada tahun 1689.
Pada tahun 1912, Zhongguo telah menjadi nama pendek Cina bagi Republik China dan Republik Rakyat Cina mewarisi nama itu pada tahun 1949.
Rujukan:
1. SCMP
2. Ancient
3. Quora