Bermula pada abad ke 16 sehinggalah ke abad ke 20, kuasa-kuasa Eropah cuba memperluaskan kuasa untuk menakluk dan menjajah dunia bagi mendapatkan hasil daripada negara-negara tersebut.

Ekoran tindakan kurang ajar ini, kerajaan Eropah berjaya menguasai sebilangan besar wilayah-wilayah yang ada di sekeliling dunia namun ada beberapa negara yang tidak berjaya dikuasai mereka. Berikut adalah 9 negara yang berjaya mengekalkan kedaulatan negara mereka daripada dikuasai kuasa penjajah Eropah, sewaktu zaman kolonial .

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Arab Saudi

map of saudi arabia

Arab Saudi sejak dari dulu lagi dikuasai oleh pemimpin-pemimpin tempatan. Hanya pada abad ke 16, wilayah tersebut dikuasai oleh Empayar Uthmaniyah sehinggalah pada tahun 1918, apabila keluarga di-Raja berketurunan Bani Saud mula melawan Empayar Uthmaniyah dan seterusnya berjaya membentuk kerajaan baru Arab Saudi.

2. Iran

map of iran

Mewarisi legasi kerajaan Persia yang besar satu masa dulu, kawasan Iran memang menjadi rebutan penjajah dengan Russia dan Britain menunjukkan minat mereka lalu merampas beberapa wilayah yang dikawal kerajaan Persia. Kesilapan berhutang yang dilakukan oleh pemerintah Qajar ketika itu membuka jalan kepada Britain dan Russia untuk masuk, namun rundingan yang dilakukan berjaya mengelakkan Iran daripada menjadi koloni secara rasmi.

3. Jepun

map of japan

Jepun adalah antara negara yang berjaya melawan proses kolonisasi barat ke atas negara mereka. Berjaya mengenalpasti ancaman penjajahan sejak mula selepas mendapati teknologi yang dimiliki barat ketika itu jauh mendahului mereka, kerajaan Jepun memulakan Revolusi Meiji yang memperkukuhkan negara mereka daripada tekanan pihak luar. Kesan positif pembinaan ekonomi serta penstrukturan semula masyarakat Jepun membuatkan negara Jepun cukup kuat, sehingga mula memasang impian membuka koloni sendiri di luar negara.

4. Korea

map of south korea

Negara Korea tidak pernah dijajah oleh penjajah Eropah tetapi mereka pernah dijajah sebanyak dua kali. Menurut kajian yang dibuat, Korea telah dijajah sejak 109BC lagi oleh China dengan pengenalan undang-undang yang diperkenalkan China. Korea kemudiannya dijajah oleh Jepun pada tahun 1910 sehinggalah tahun 1945.

5. Thailand

map of thailand

Dikenali sebagai antara kerajaan terbesar di Asia, kemahiran diplomasi Raja Chulalongkorn berjaya mengelakkan Thailand daripada dijajah Eropah. Memperkenalkan beberapa kaedah Eropah ke dalam sistem pemerintahannya sendiri serta minat yang mendalam terhadap teknologi Eropah, Raja Chulalongkorn berjaya mencapai perjanjian dengan negara penjajah untuk saling bekerjasama, tanpa kedaulatan Thailand dicabar.

6. China

map of china

Negara bersaiz besar ini mampu membuatkan penjajah gerun untuk cuba memasukinya namun potensi jumlah penduduk yang ramai menjadikan China sasaran yang menarik. Britain dan Perancis menggunakan kaedah perdagangan bagi mula menapak di China, menyebabkan beberapa wilayah di negara tersebut terpaksa diserahkan kepada pengkoloni. Bagaimanapun, kerajaan China di bawah Dinasti Qing itu tidak pernah berjaya ditakluk sepenuhnya.

7. Afghanistan

map of afghanistan

Menjadi rebutan di antara Britain dan Russia yang mahu meluaskan pengaruh, kemasukan Britain ke kawasan mereka ditentang dalam dua perang yang berbeza jarak waktunya. Hanya pada perang kedua Anglo-Afghan pada tahun 1880, barulah Britain berjaya mendapatkan kawalan bagi menentukan hubungan Afghanistan dengan negara luar. Bagaimanapun, bagi peringkat tempatan rakyat Afghanistan tidak pernah menjadi kolonii.

8. Nepal

map of nepal

Britain cuba untuk menjajah Nepal melalui peperangan Anglo-Nepalese yang berlangsung selama dua tahun pada 1814, namun kecekapan tentera Nepal dalam mematahkan serangan Britain nyata berhasil. Menggunakan keadaan muka bumi sendiri memberikan kelebihan kepada tentera Nepal sehingga menyebabkan Britain menarik balik tentera mereka dari Nepal.

9. Bhutan

map of bhutan

Terletak di kawasan pergunungan, tentera Britain menghadapi cabarang sengit cuba memasuki Bhutan bagaimanapun pada akhirnya, mereka berjaya menguasai beberapa wilayah penting di situ. Rundingan yang dijalankan membolehkan kerajaan Britain menguasai industri pembalakan di sana sementara kerajaan Bhutan pula terus kekal memerintah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)