Sedar atau tidak, siri sitkom TV The Big Bang Theory boleh dikatakan antara yang paling popular dalam sejarah. Bermula pada tahun 2007, siri ini dijangkakan akan melabuhkan tirai pada tahun 2019 dengan musim terakhir iaitu musim ke-12 diikuti dengan siri khas.

Memandangkan kejayaan siri sitkom ini, maka tak hairanlah jika beberapa daripada watak utama TBBT menjadi antara bintang TV dengan gaji yang paling tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada tahun 2017, para pelakon utama TBBT bersetuju untuk memotong sedikit daripada gaji mereka untuk membolehkan kenaikan gaji untuk 2 ahli baru iaitu Mayim Bialik (Amy Farrah Fowler) dan Mellisa Rauch (Bernadette Rostenkowski).

tbbt

Bermula sebagai watak pembantu, Mayim dan Mellisa mula diberikan jumlah babak yang lebih banyak dalam beberapa musim terbaru dan menjadi sebahagian daripada watak utama.

Pendek kata, semua pelakon TBBT menerima bayaran yang sangat tinggi daripada watak mereka, termasuk dengan projek-peojek yang lain. Namun, berapa banyak sebenarnya nilai kekayaan mereka ini?

iluminasi.com kongsikan nilai kekayaan pelakon utama The Big Bang Theory menurut CelebrityNetWorth.com.

7. Melissa Rauch - RM33 juta

bernadette rostenkowski

Menerima gaji purata sekitar RM2 juta untuk setiap episod, yang hanya sedikit kurang berbanding pelakon-pelakon lain, namun gaji ini sangat jauh berbanding apa yang diterimanya sebelum ini ketika menjadi pelakon pembantu.

Melissa yang hanya berketinggian 150 sentimeter ini memainkan watak sebagai isteri Howard Wolowitz bernama Bernadette Rostenkowski dan juga seorang ahli mikrobiologi dengan kelulusan Ph.D.

Di samping peranannya dalam The Big Bang Theory, Melissa juga muncul dalam rancangan komedi "The Realest Real Housewives" dan menjadi penulis bersama serta menghasilkan filem 2015 The Bronze, yang juga dibintanginya.

Melissa juga melakukan alih suara, termasuk menjadi suara kepada watak Harley Quinn dalam filem animasi Batman dan Harley Quinn.

6. Mayim Bialik - RM104 juta

amy farrah fowler

Mayim bukan sahaja memainkan watak seorang ahli neurobiologi dan memiliki Ph.D dalam siri ini, tetapi juga beliau sememangnya memegang gelaran tersebut dalam kehidupan sebenar.

Sama seperti Mellisa, Mayim juga menerima bayaran sebanyak RM2 juta bagi setiap episod sebagai isteri kepada Sheldon. Walaupun tidak mendapat begitu banyak babak sebelum ini, namun gaji Mayim melonjak naik dalam beberapa musim terakhir.

Nilai kekayaan Mayim agak tinggi memandangkan tempoh kerjaya beliau dalam TV, termasuklah watak terkenal yang dipegangnya dalam sitkom pada tahun 90-an iaitu Blossom.

Sebagai seorang ahli neurobiologi berjaya dalam kehidupan sebenar, Mayim  merupakan satu-satunya pelakon TBBT yang benar-benar memahami semua perkara saintifik dalam rancangan ini.

5. Simon Helberg - RM187 juta

howard wolowitz

Simon Helberg yang memainkan watak Howard Wolowitz sememangnya terkenal dengan lakonannya yang sangat menjadi dan kelakar, termasuk  muncul dalam musim awal MADtv serta filem seperti Evan Almighty dan Reno 911!.

Gaji yang diterima oleh Simon dalam siri The Big Bang Theory adalah sekitar RM3.3 hingga RM3.7 juta untuk setiap episod.

Dalam kesemua watak utama, watak yang dilakonkan Simon adalah satu-satunya yang tidak memiliki Ph.D di mana Howard Wolowitz hanya memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan.

Oleh itu, Howard sering dipandang rendah namun dalam kehidupan sebenar, beliau memiliki kekayaan sebanyak RM187 juta.

4. Kunal Nayyar - RM187 juta

rajesh koothrapali

Memandangkan watak yang dimainkan oleh Kunal Nayyar iaitu Rajesh Koothrappali adalah sebagai rakan karib Howard Wolowitz dan mereka sering muncul bersama-sama dalam TBBT, maka tak hairanlah bayaran yang diterima oleh beliau sama dengan yang diterima oleh Simon iaitu RM3.3 hingga RM3.7 juta untuk setiap episod.

Jika tidak berlakon, Kunnal menggunakan masanya untuk menulis termasuk menjadi penulis bersama rancangan Cotton Candy di India.

Kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM187 juta, sama seperti rakan karibnya Simon Helberg.

3. Johnny Galecki - RM208 juta

leonard hofstader

Sebagai pelakon dengan resume yang paling lama dan paling berjaya dalam ahli The Big Bang Theory, Johnny Galecki menerima bayaran sebanyak RM3.7 juta bagi setiap episod.

Jumlah ini selepas beliau bersetuju memotong baki RM415,000 bagi setiap episod untuk diberikan kepada Mayim dan Melissa.

Johnny memainkan watak seorang ahli fizik eksperimen dan rakan serumah Sheldon Cooper, yang akhirnya berjaya mengahwini gadis idamannya Penny.

Selain daripada terlibat dengan sitkom TBBT, Johnny juga muncul dalam pementasan di Broadway. Kekayaan Johnny dianggarkan bernilai RM208 juta.

2. Kaley Cuoco - RM228 juta

kaley cuoco sebagai penny

Dengan bayaran sebanyak RM4.5 juta untuk setiap episod (sebelum dipotong menjadi RM3.7 juta), Kaley Cuoco memainkan watak Penny, seorang gadis yang mempunyai impian untuk menjadi pelakon tetapi tidak tercapai.

Dia sebaliknya bekerja sebagai pelayan restoran dan kemudiannya menceburi dalam bidang farmasi, bekerja di bawah rakannya Bernadette Rostenkowski. 

Kekayaan Kaley daripada bayaran TBBT ditambahkan oleh projek-projek kecil seperti kemunculannya dalam Handsome: A Netflix Mystery Movie pada tahun 2017, pelakon suara bagi watak Eleanor dalam filem Alvin and the Chipmunks yang terbaru serta The Road Chip.

Pada tahun 2017, Kaley menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu "Yes, Norman Productions" yang telah memohon hak ke atas buku yang dikenali sebagai The Flight Attendant yang bakal dijadikan siri TV dan dilakonkan sendiri olehnya.

1. Jim Parsons - RM415 juta

sheldon kaya namati

Penulis pasti ramai yang sudah menjangkakan bahawa Jim Parsons yang memainkan watak utama dalam siri ini iaitu Sheldon Cooper akan menggungguli senarai ini.

Dengan gaji yang sama diterima oleh Kaley Cuoco dan Johnny Galecki iaitu sebanyak RM3.7 juta untuk setiap episod atau RM106 juta setiap tahun, sitkom The Big Bang Theory merupakan penyumbang tertinggi kepada kekayaan Jim yang dianggarkan sebanyak RM415 juta.

Dalam sitkom ini, Jim memainkan watak seorang ahli fizik genius tetapi tidak pandai bersosial, watak yang telah memenangi pelbagai anugerah.

Malah, pada satu ketika, Jim menjadi pelakon TV dengan bayaran tertinggi di dunia dengan bayaran sebanyak RM114 juta setahun.

Kini, Jim terus menerima bayaran yang tinggi dengan menjadi pencerita dalam siri Young Sheldon, muncul dalam filem seperti Hidden Figures, Extremely Wicked, Shockingly Evil dan menjadi pelakon suara dalam siri animasi Home.

Rujukan:

1. Richest

2. Forbes

3. People




Hakcipta iluminasi.com (2017)