Siri TV "The Big Bang Theory" adalah antara salah satu sitkom yang paling popular dan mendapatkan sambutan yang hangat di Amerika Syarikat. Terlalu popular, ia menjadi kegilaan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Ia mengisahkan sekumpulan rakan dari kalangan bijak pandai, mempunyai kerjaya sebagai saintis dan jurutera melalui hari-hari biasa mereka. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam 3 musim pertama, Jim Parsons, Johnny Galecki dan Kaley Cuco menerima bayaran sehingga RM250,000 bagi setiap episod.

the big bang theory

Namun siri TV terbitan CBS ini tersangat berjaya sehinggakan 3 pelakon ini bersama-sama 2 lagi iaitu Kunal Nayyar dan Simon Helberg menerima bayaran sebanyak RM4.3 juta bagi setiap episod.

iluminasi.com kongsikan 9 fakta mengenai siri The Big Bang Theory yang ramai tak tahu.

1. Lagu Soft Kitty

Sekali dengar pasti anda menyangkakan ia hanyalah lagu rekaan untuk siri TV ini. Namun, lagu "Soft Kitty" adalah sebuah lagu yang benar-benar wujud.

Lirik bagi lagu kesukaan Sheldon ketika dia sedih atau ingin tidur ini ditulis oleh seorang guru dari Australia yang bernama Edith Newlin pada tahun 1930-an.

Anak kepada Edith memfailkan saman terhadap beberapa syarikat yang mempunyai kaitan dengan The Big Bang Theory kerana melanggar undang-undang hak cipta bagi lagu tersebut.

Penerbit Bill Prady mendedahkan bahawa anak perempuannya menyanyi 'Soft Kitty' ketika di sekolah pra-sekolah, selepas gurunya mendengarnya semasa bekerja di Australia.

2. Cermin mata Leonard tak mempunyai kaca

cermin mata leonard tak ada kaca

Cermin mata yang dipakai oleh Leonard tidak mempunyai kaca. Menurut pelakon watak tersebut Johnny Galecki, disebabkan oleh Jim Parsons jauh lebih tinggi berbanding dirinya, beliau perlu untuk selalu melangut ke atas.

Cahaya daripada projektor terpantul pada cermin matanya dan menyebabkan silau. 

3. Tangga ilusi apartment Sheldon dan Leonard

set penggambaran di kawasan tangga apartment sheldon dan leonard

Rumah di mana Sheldon dan Leonard tinggal hanya mempunyai satu tangga dan satu tingkat.

Setiap kali watak-watak dalam TBBT harus memanjat tangga, kru rakaman hanya perlu menukar rupa bentuk pintu yang ada.

Dan ketika berlakon, mereka harus turun dan naik berkali-kali di tangga yang sama untuk memperlihatkan bahawa mereka sedang menaiki atau menuruni tangga.

4. Apartment Raj dan rumah Howard adalah set yang sama

rumah raj dan howard

Apartmen yang didiami oleh Raj dan rumah Howard dan Bernadette tidak pernah muncul dalam episod yang sama.

Ini disebabkan oleh kedua-dua apartment dan rumah ini adalah set penggambaran yang sama.

5. "Penny, Lenny dan Kenny"

tajuk sebenar the big bang theory

Tajuk siri "The Big Bang Theory" adalah sangat sesuai dengan jalan cerita dan watak-watak yang ada di dalamnya. Namun, ia bukanlah tajuk asal.

Pada mulanya, siri TV ini diberi tajuk, "Penny, Lenny dan Kenny". Bunyinya agak pelik kan?

6. Pelakon-pelakon TBBT pandai bermain muzik

Jim Parsons sebenarnya boleh bermain theremin, alat muzik kegemaran Sheldon.

Dan adalah agak mengejutkan kerana alat muzik ini yang dicipta pada tahun 1920 dan dinamakan bersempena nama pencipta dari Soviet, Leon Theremin, adalah antara alat muzik yang paling sukar untuk dimainkan.

Selain itu, hampir kesemua pelakon dalam siri ini mempunyai bakat dalam bidang muzik di mana Johnny Galecki boleh bermain cello, Mayim Bialik bermain harp dan Simon Helberg bermain piano.

7. T-shirt Sheldon menggambarkan emosinya

t shirt sheldon melambangkan perasaannya

Jika anda betul-betul perhatikan, warna t-shirt yang dipakai oleh Sheldon sebenarnya menggambarkan emosi yang tertentu.

Merah bermakna dia marah, ungu bermakna cinta dan semangat, hijau bermakna ketenangan dan keyakinan, kuning bermaksud ketakutan, biru bermaksud kasihan, biru muda bermaksud harapan dan warna jingga bermaksud tamak.

8. Mayim Bialik benar-benar memiliki PhD

mayim bialik mempunyai phd

Mayim Bialik, yang benar-benar memiliki PhD dalam neurosains memberitahu bahawa bagaimana profesion Amy Farrah Fowler boleh terhasil.

"Mereka tidak mempunyai kerjaya tertentu untuk diberikan kepada watak saya apabila saya muncul dalam episod akhir musim ketiga. Dalam musim keempat, Bill Prady memberitahu mereka ingin menjadikan Amy sebagaimana saya dalam kehidupan sebenar supaya saya boleh membetulkan perkara di dalam skrip jika berlaku kesilapan,".

9. Jim Parsons tak pernah menonton Star Trek

jim parsons tak pernah menonton star trek

Sheldon adalah watak yang paling nerd dalam kesemua watak dan dia juga merupakan pakar dalam segalanya daripada komik Marvel hinggalah ke Star Trek.

Namun, Jim Parsons memberitahu beliau tidak pernah meminati rancangan TV kegemaran Sheldon, terutamanya Doctor Who dan Star Trek.

"Saya tak pernah menonton Star Trek dan saya tak tahu mengenai Doctor Who," jelas Jim Parsons.

Rujukan:

1. Digital Spy

2. Mental

3. Diply




Hakcipta iluminasi.com (2017)