Tahun 80-an dan 90-an adalah tahun kegemilangan sitkom atau 'situation comedy', dengan nama Othman Hafsham sering menjadi sebutan sebagai raja sitkom Malaysia hasil sentuhannya yang berjaya menghasilkan dua sitkom paling popular di negara kita, satu masa dulu.

Walaupun legasi sitkom di Malaysia diteruskan oleh kemunculan Senario pada lewat 90-an, sitkom-sitkom selepas itu seperti hilang elemen yang ada ketika zaman kegemilangan sitkom kita dulu. Dahulu, sitkom yang ada cuba mencerminkan kehidupan masyarakat serta kerap menampilkan barisan pelakon berbilang bangsa, namun lama-kelamaan populariti sitkom semakin tenggelam berikutan perubahan citarasa penonton Malaysia sehingga menyebabkan populariti sitkom buatan tempatan semakin merosot.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah lima buah sitkom di negara kita yang pernah mendapat tempat dihati kita semua satu masa dulu, malah ada yang sehingga kini tetap diulang siar bagi menghilangkan kerinduan peminat-peminatnya.

1. 2+1

pelakon 2 campur 1

"Hello! My name is Sam. This is my card." Ayat itu menjadi ajukan ramai orang kita satu masa dulu, membuktikan pengaruh sitkom arahan dan ciptaan Othman Hafsham ini kepada masyarakat Malaysia.

pelakon 2 1 sitkom othman hafsham imuda susan lankester

Memperkenalkan kita kepada gabungan nama-nama pelakon yang masih lagi diingati sehingga kini seperti Susan Lankester, Ziela Jalil, Louisa Chong, arwah Ahmad Busu, Jaafar Onn, Sabri Yunos dan yang paling penting, artis serba boleh Imuda yang memegang watak lelaki 'sotong' Sam, sitkom ini yang dirakamkan secara langsung di depan penonton berjaya mencapai penarafan 5 juta penonton semasa zaman kemuncaknya.

2. Jangan Ketawa

adegan sitkom jangan ketawa

Menjadi platform pertama rakyat Malaysia kenal Harith Iskander semasa awal kemunculannya, sitkom ini menampilkan beberapa segmen berbeza bergantung kepada situasi yang ingin disampaikan.

pelakon jangan ketawa sekaranh

Berjaya mengumpulkan ramai pelakon berbilang bangsa di bawah satu bumbung termasuklah dua pelakon yang menimbulkan kontroversi berkenaan jantina iaitu Moon dan Dee, membuatkan sitkom ini tidak sesuai untuk tontonan bawah umur serta lawak-lawak 'double meaning' yang kerap disebutkan. Pernah ditayangkan semula di Astro Warna dan mudah untuk ditonton semula di Youtube sekiranya anda mahu mengimbas kembali nostalgia sitkom ini.

3. Kopitiam

adegan dalam kopitiam

Ditayangkan selama 7 musim dan menamatkan tayangannya pada tahun 2003, sitkom Kopitiam memperkenalkan orang ramai kepada beberapa nama seni yang masih lagi aktif sehingga kini seperti Douglas Lim dan Rashid Salleh, Lina Teoh, Joanna Bessey, Mano Maniam dan Tan Jin Chor.

barisan pelakon kopitiam sekarang

Sitkom ini mengisahkan jatuh bangun mereka semua dalam mempertahankan tradisi kedai kopi yang diwarisi Marie, lakonan Joanna Bessey. Mendapat pengiktirafan sebagai sitkom terbaik Asia pada tahun 2000.

4. Spanar Jaya

barisan pelakon spanar jaya

Spanar Jaya menjadi batu loncatan kepada Ahmad Idham yang sebelum itu terkenal dengan drama Cinderella dan Wardina Saffiyah untuk terjun lebih jauh dalam lakonan. Selain itu dua watak yang kerap diajuk iaitu Mat Rock lakonan Opie Zami dan Eddy Lentuk lakonan Bob Azrai menjadi antara watak yang mudah diingati kita semua, serta watak Abdullah, pekerja asing Bangladesh yang mencari rezeki di bengkel Spanar Jaya.

radhi pegang watak abdulla dalam spanar jaua

Spanar Jaya banyak bereksperimen dalam episod dan kerap menyelitkan unsur-unsur fantasi, imaginasi serta muzikal, dengan beberapa penampilan kumpulan muzik rock tanah air menyerikan jalan cerita yang dihidangkan.

5. Pi Mai Pi Mai Tang Tu

barisan pelakon pi mai pi mai tang tu

Orang Malaysia wajib menonton sitkom ini. Memegang rekod sitkom paling panjang pernah disiarkan di Malaysia selama hampir 20 tahun, daripada tahun 1985 sehinggalah tahun 2004, perubahan yang berlaku pada watak dalam sitkom ini sedikit sebanyak mencerminkan realiti sebenar perubahan masyarakat Malaysia.

Bermula sebagai sebuah sitkom yang terletak di Kampung Seri Wangi sebelum mereka semua berpindah ke Flat Seri Wangi, barisan pelakon utama sitkom ini tidak berubah dengan Imuda, Ahmad Busu, Zami Ismail dan Muhammad Ismail menjadi teraju utama, sebelum komuniti mereka menerima kemasukan-kemasukan penduduk baru, seperti watak lakonan Sulaiman Yassin, Marlia Musa, Sabri Yunos dan ramai lagi.

pelakon pi mai tang tu

Apa yang mengkagumkan adalah bagaimana siri sitkom ini yang berlangsung panjang, berjaya memasukkan realiti sebenar hidup pelakon mereka yang mengalami naik turun atau pergi meninggalkan kita semua, ke dalam jalan cerita. Perubahan-perubahan hidup pada watak, selalunya berlaku akibat perubahan sebenar yang dialami pelakon sebenar yang membuatkan penduduk Kampung atau Flat Seri Wangi ini sering bertukar-tukar.

Sitkom bertaraf lejen ini sedikit sebanyak berjaya membawa gambaran positif kepada penduduk kawasan flat yang kerap menjadi sasaran masyarakat ketika ini, kerana kesepakatan yang dipaparkan dalam sitkom ini nyata mencerminkan realiti sebenar hidup bermasyarakat di kampung dan rumah pangsa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)