limkokwing study malaysia

Kerajaan Oman baru saja mengumumkan kerajaan mereka akan menyekat sebarang kemasukan pelajar mereka ke empat buah universiti di negara kita.

Menurut Pegawai mereka yang bertugas di Malaysia, Yahya bin Salam Al Mundhari ke empat-empat universiti itu kerap menyalah guna serta menidakkan hak pelajar dari Oman semasa belajar di Malaysia.

Antara perkara yang dilaporkan berlaku adalah universiti-universiti yang disenaraikan membenarkan pengambilan pelajar yang hanya mempunyai visa melawat, tidak mematuhi syarat biasiswa serta tidak bekerjasama dengan pihak kementerian mereka apabila diajukan aduan oleh pihak pelajar. Seramai 378 orang pelajar dari Oman kini masih lagi mendaftar sebagai pelajar di empat universiti tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah tuduhan-tuduhan ini berasas dan apakah 4 universiti yang disebutkan itu? Kita tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya namun persoalannya- universiti manakah yang dimaksudkan itu?

1. Universiti Sains Islam Malaysia

usim nilai universiti sains islam

Agak mengejutkan melihat USIM termasuk dalam senarai kerana USIM adalah antara universiti paling popular di kalangan pelajar Muslim di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Pihak USIM menerusi Timbalan Canselor mereka, Prof. Datuk Dr. Zulkiple Abdul Ghani berkata tindakan lanjut akan diambil untuk mencari jalan penyelesaian kerana pada peringkat mereka, mereka tidak pernah diberitahu wujud sebarang masalah sebelum ini.

2. Universiti SEGI

segi university building

Salah sebuah Universiti swasta yang mempunyai jenama yang terkenal, SEGI yang mempunyai beberapa cawangan di Malaysia melalui jurucakap mereka memberitahu yang pihak SEGI akan mengambil berat tindakan sekatan yang dikenakan melalui penyiasatan mereka sendiri. Menurut mereka, masih banyak maklumat yang perlu diketahui sebelum sebarang tindakan dapat diambil.

3. Binary University of Management and Entreprenurship

binary university puchong

Universiti ini yang terletak di Puchong setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu sekatan oleh kerajaan Oman ini.

4. Limkokwing University of Creative Technology

limkokwing cyberjaya building

LUCT setakat ini menafikan wujudnya masalah-masalah yang dinyatakan. Jurucakap mereka, Prof Cedric D.Bell berkata pihak LUCT langsung tidak menerima sebarang aduan daripada pelajar-pelajar Oman yang berdaftar di sana jadi masalah ini muncul secara tiba-tiba dan menyelar tindakan kerajaan Oman yang dikatakan tergesa-gesa.

Rujukan

TImes of Oman




Hakcipta iluminasi.com (2017)