kelamahan lelaki kacak

Mempunyai wajah kacak dikatakan memberikan kelebihan kepada seseorang individu. Itulah situasi yang dihadapi lelaki seperti Brad Pitt, Fattah Amin, penulis dan individu-individu kacak lain setiap hari.

Hanya disebabkan kekacakan, mentaliti masyarakat mudah mengatakan individu seperti kami mendapat laluan mudah dalam hidup, hanya bermodalkan wajah. Buat itu senang, buat ini senang. Cakap apa pun orang percaya.

Realitinya, adakah telahan ini benar? Berdasarkan pengalaman penulis sebagai lelaki tampan, tidak benar.

Di sebalik wajah ala model kami, tersimpan 1001 masalah yang jarang mendapat simpati masyarakat. Tidak ramai menyedari kami golongan kacak juga berdepan kekangan hidup hanya disebabkan wajah kami yang menggoda.

1. Lelaki kacak automatik dianggap berketrampilan tinggi

fahrin ahmad muda kacak idola jejaka

Ini satu halangan yang sering dihadapi penulis.

Kenapalah hanya kerana ketampanan, kami terus dianggap seorang yang tidak malu untuk berhadapan orang lain, bijak berbicara serta tidak merasa canggung dalam aktiviti sosial?

Kami juga sebenarnya sama seperti anda, takut nak berbual dengan orang asing. Bila bertemu gadis cantik kami rasa malu. Datang situasi di mana kami terpaksa melibatkan diri dengan aktiviti sosial besar-besaran, bukannya mudah untuk kami mesra sekelip mata dengan semua orang.

Walaupun tampan, dalam kepala kami sebenarnya lebih gemar untuk duduk rumah, main game atau tengok Netflix daripada pergi bersosial beramai-ramai. Kadangkala penulis lebih ingin rasa sendirian. Sebut pasal ni...

2. Lelaki kacak dicopkan kasanova

kelemahan lelaki kacak

Bila orang ramai kerap sangat dijaja visual lelaki kacak dalam TV pandai bermain kata-kata dengan perempuan, habis semua lelaki senasib kami dicopkan dengan tanggapan serupa.

Apa anda ingat kami tak ada rasa gemuruh ke nak cuba berkenalan dengan perempuan lain? Takut tau. Yang paling penulis marah, sanak-saudara sendiri bila berjumpa akan kata "kau mesti ramai teman wanita ni?" Hey hey hey! Janganlah begitu.

Kami kacak, tetapi hati kami setia. Kalau dah berjanji untuk setia kami pegang. Bila dah bernikah dengan seorang, kami nikah untuk selamanya. Kami cukup dengan seorang wanita sahaja sebagai peneman.

Hensem tak semestinya gemar berpoya-poya.

3. Kami lebih susah dapatkan kerja

fattah amin kolam renang

Tahukah anda, disebabkan tarikan yang ada pada wajah kami - peluang untuk kami mendapatkan kerja ketika kami berhadapan temuduga dengan lelaki lain (yang kurang tampan berbanding kami) lebih rendah peluangnya?

Dakwaan ini sudah dibuktikan hasil kajian penyelidik, kerana secara nalurinya akan wujud rasa persaingan di antara calon dan penemuduganya ketika sesi berlangsung.

Penemuduga yang rasa tercabar dengan calon yang berktrampilan menarik biasanya akan memarkahkan calon tersebut lebih rendah, berbanding calon-calon lain.

Apa yang kami perlu lakukan? Perlukah kami tak mandi sebelum pergi temuduga, tak perlu gosok gigi? Pakai baju buruk sikit supaya kejantanan kami kurang menyerlah?

Apa dosa kami dilayan sebegini rupa?

4. Apa saja pandangan kami tentang cinta akan dipandang negatif

pujuk rakan yang putus cinta

Penulis masih ingat satu ketika dulu, ada seorang kenalan penulis putus cinta dengan teman wanita dia yang dah 3 tahun kenal.

Penulis pujuk dia supaya berhenti menyalahkan diri sendiri. "Bunga ni bukan sekuntum bro!" kata penulis.

Terus mata dia terjegil besar dan dia pandang penulis. "Kau memang la senang boleh cakap macam tu! Aku? Kau ingat aku senang ke nak dapat awek?"

Dia memang marah betul masa tu. Ramai orang menganggap lelaki kacak mudah menemui cinta. Mana ada. Susah juga.

Lebih menakutkan kami sendiri, kami tidak tahu kenapa lelaki kacak seperti kami dilihat seolah-olah tidak layak menasihatkan orang lain tentang hubungan - hanya kerana kami dianggap boleh mencairkan hati mana-mana gadis semudah ABC.

Pandangan kami tentang cinta dan hubungan sama valid dengan pandangan orang ramai. Takkanlah hanya kerana wajah kacak kami yang mengungkapkannya, membuatkan nasihat kami tak ada kredibiliti pula?

5. Kami automatik dicop berkemampuan

lelaki gelandangan kacak

Ini satu situasi yang penulis cukup sedih berlaku. Sedih dengan diri sendiri.

Hanya disebabkan wajah, ramai orang terus simpan persepsi kami berkemampuan tinggi. Duit banyak. Kerja sedap. Rumah besar. Kereta mewah.

Kami pun ada susah payah kami tau. Jika orang ramai sering berhadapan masalah tak cukup duit di tengah-tengah bulan, kami pun sama. Majoriti antara kita menghadapi masalah yang sama saja pasal duit ni. Wajah bukan faktor.

Seandainya individu kacak seperti penulis menceritakan masalah kewangan kami, tak ramai yang percaya kami perlu mengharunginya malah menidakkannya pula. Yang ketawa pun ada. Kena kutuk 'kacak tapi tak ada duit' memang menyakitkan jiwa.

Kadang-kadang rasa nak minta sedekah pun ada. Tetapi jika ada individu kacak meminta sedekah, apakah pandangan anda sama saja seperti pandangan biasa? Tak kan?



Hakcipta iluminasi.com (2017)