Oleh pada 25 Apr 2017 kategori

geneva motor show 2017 mclaren

Pernah tak anda sembang topik kereta dengan rakan-rakan, kemudian anda nak up diri sendiri bercerita tentang rancangan nak beli Porsche dalam masa 5 tahun. Tapi anda silap dengan menyebut "Porch" maka anda terus dibahan rakan-rakan sehingga akhir hayat? 

Untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang, mungkin anda boleh cepat-cepat tonton video ini. Belajar cara sebutan sebenar jenama kereta dari seluruh dunia daripada penutur asli sendiri.

Video ini dikompilasikan oleh Gerard Farre yang telah berkunjung ke Geneva Motor Show 2017. Dia bertanyakan cara sebutan sebenar setiap jenama kereta daripada wakil setiap negara.

Anda mungkin yakin untuk menyebut Toyota, Honda, Ford dan Jeep. Tapi betul ke cara anda sebut Lamborghini, Citroën dan Renault?

Lepas dah tonton, baru anda sedar, selama ni anda dah silap sebut Mercedes-Benz. Betul tak?


tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)