Oleh pada 11 Dec 2017 kategori

Jenama seperti H&M, LEGO dan IKEA semestinya sangat popular di Malaysia. Ia seperti sudah sebati dengan gaya hidup masyarakat zaman kini sehinggakan kita tidak pernah terfikir pun apa makna di sebalik nama-nama tersebut.

Ini 12 jenama popular yang sebenarnya merupakan singkatan dan kami rungkaikan bentuk namanya yang penuh, khusus untuk pembaca Iluminasi. Dalam banyak-banyak jenama ini, yang mana satu anda dah tahu nama penuhnya?

1. H&M - Hennes & Mauritz

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam bahasa Sweden, 'hennes' bermaksud kepunyaan dia (wanita) dan perkataan itulah sebenarnya digunakan untuk nama asal kedai pakaian terkenal ini. Mauritz pula adalah nama sebuah kedai yang telah dibeli oleh pengasas H&M iaitu Erling Persson. Beliau kemudian telah menggabungkan kedua-dua perkataan ini lalu lahirlah H&M.

2. LG - Lucky Goldstar

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 2

Syarikat ini pada asalnya diberi nama Goldstar. Perkataan 'Lucky' ditambah selepas penggabungan syarikat itu dengan Lucky Chemical dan LG Cable pada tahun 1995. Kemudian terhasillah LG = Lucky Goldstar.

3. FCUK - French Connection United Kingdom

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 3

French Connection mula menggunakan FCUK selepas mendapat idea daripada kiriman faks antara cawangan Hong Kong dan United Kingdom yang sering ditulis "FCHK to FCUK" di bahagian kepala halaman.

4. FIAT - Fabbrica Italiana Automobili Torino

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 4

Jenama ini merupakan akronim bagi Fabbrica Italiana Automobili Torino yang bermaksud 'kilang kereta Itali di Turin'. Turin merupakan wilayah di mana jenama kereta ini diasaskan.

5. IBM - International Business Machines

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 5

Perniagaan yang diasaskan pada tahun 1911 ini bermula dengan nama "Computing-Tabulating-Recording Company" kemudian ditukar kepada "International Business Machines" pada tahun 1924.

6. HTC - High Tech Computer

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 6

HTC adalah sebuah syarikat yang berpangkalan di Taiwan dan merupakan akronim bagi 'High Tech Computer'.

7. BMW - Bayerische Motoren Werke

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 7

BMW bermakna "Bayerische Motoren Werke" atau "Bavarian Motor Works" dalam Bahasa Inggeris.

8. DKNY - Donna Karan New York

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 8

Jenama ini dinamakan sempena nama pengasasnya, Donna Karan dan juga bandar di mana ia mula diasaskan iaitu New York.

9. IKEA - Ingvar Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 9

Huruf I dan K merupakan parap nama pengasas IKEA iaitu Ingvar Kamprad. Manakala huruf E dan A pula datang daripada Elmtaryd dan Agunnaryd iaitu ladang dan perkampungan di mana Ingvard dibesarkan.

10. LEGO - Leg Godt

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 10

LEGO merupakan singkatan bagi "Leg Godt" yang memberi makna 'bermain dengan baik' dalam bahasa Denmark.

11. Intel - Integrated Electronics

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 11

Syarikat teknologi ini menggunakan kombinasi perkataan "Integrated Electronics". Namun, ia juga adalah suatu kelebihan kerana 'intel' juga merupakan singkatan bagi 'intelligence'.

12. M&M's - Mars and Murrie's

nama penuh di sebalik singkatan jenama popular 12

Coklat yang menjadi kegemaran ramai ini diilhamkan daripada nama keluarga kedua-dua pengasasnya iaitu Forrest Mars dan William Murrie.




Hakcipta iluminasi.com (2017)