Industri kereta di China semakin berkembang dari hari ke hari dan pengeluar kereta di negara ini meluaskan pengaruh mereka di seluruh dunia dengan pembelian dan pengambilalihan jenama asing. Ini membantu lagi peningkatan produk automobil mereka dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun, dalam pasaran tempatan di China, ia adalah perkara biasa bagi pengeluar kereta menciplak rekaan kereta terkenal dari luar negara.

Hal ini bukanlah mengejutkan kerana sememangnya sudah ramai yang tahu bahawa China adalah sebuah negara yang sering menciplak produk dari luar dengan menjual pada harga yang lebih murah. Namun, ia mungkin tidak setaraf dari segi kualiti dan kepuasan pengguna. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun tiada undang-undang hak cipta antarabangsa yang diwujudkan, tetapi wujudnya persetujuan antarabangsa seperti Konvensyen Berne untuk Perlindungan Karya Sastera dan Artistik. Ia memerlukan sesebuah negara untuk mengiktiraf undang-undang harta intelek masing-masing.

Undang-Undang Hak Cipta adalah berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Walaupun berbeza, prinsipnya adalah sama. Berikut adalah senarai beberapa kenderaan terkenal yang diciplak oleh China.

1. KDC Regola menciplak McLaren

mclaren

McLaren

kdc regola 38

KDC Regola

Kereta model KDC Regola ini adalah percubaan untuk meniru McLaren. Walaupun mempunyai lampu depan yang tersendiri, tetapi ia mempunyai pintu pintu dihedral dan cat warna oren yang sama. Akan tetapi, ramai yang berpendapat kedua-dua model ini berbeza dari sudut kualiti dan kepuasan.

Walaupun keseluruhannya nampak sama, pihak pengeluar KDC ini enggan mendedahkan inspirasi mereka ketika menghasilkan kenderaan ini. Apa yang berbeza ialah KDC Regola ini adalah sepenuhnya kenderaan elektrik.

2. Dongfeng Jingyi S50 menciplak Volkswagen Passat

volkswagen passat

Volkswagen Passat

jingyi s50

Jingyi S50

Perbadanan Motor Dongfeng mempunyai sejarah yang panjang dalam usaha sama yang dijalankan dengan jenama-jenama besar di barat. Antara yang pernah berurusan dengan mereka ialah Honda, Nissan dan Renault.

Walau bagaimanapun, kereta saloon Dongfeng model Jingyi S50 adalah bukanlah hasil daripada usaha sama yang dijalankan mereka. Model Jingyi S50 ini dikatakan telah menciplak model kereta Volkswagen yang paling laris dijual iaitu model Passat.

3. Dongfeng Fenshen AX4 menciplak MG GS

mg gs

MG GS

fenshen ax4 885

Fenshen AX4

Buat pertama kalinya syarikat automobil Dongfeng mengumumkan SUV terbaru mereka iaitu Fenshen AX4 pada Pameran Motor Shanghai. Namun, apa yang nampak ketara mengenai SUV dari China ini ialah ia meniru model SUV dari United Kingdom iaitu Morris Garages GS.

Dengan lampu kabut krom yang besar di bahagian bumper dan gril berbentuk V nipis di bahagian hadapan, Fenshen AX4 jelas menciplak model MG GS. Bukan setakat itu sahaja, kenderaan keluaran syarikat Dongfeng ini juga meniru beberapa lagi model kereta dari luar, antaranya ialah kereta SsangYong Tivoli keluaran Korea Selatan.

4. Changan CS55 menciplak Land Rover Discovery Sport

land rover discovery sport

Land Rover Discovery Sport

changan cs55

Changan CS55

Jaguar Land Rover sejak kebelakangan ini telah menghasilkan beberapa model kenderaan terbaik dan khusus berbanding mana-mana pengeluar lain. Jadi, tidak hairanlah sekiranya ciptaan hebat JLR ini menjadi "inspirasi" kepada pengeluar automobil yang lain.

Salah satu syarikat automobil dari China iaitu Changan telah melancarkan model kenderaan terbarunya CS55 yang kelihatan seakan-akan sama dengan Discovery Sport milik Jaguar Land Rover. Kini, syarikat JLR dikatakan akan menyaman mana-mana syarikat dari China yang menciplak model kenderaan keluaran mereka.

5. BYD Yuan menciplak Ford EcoSport 

ford ecosport

Ford EcoSport

byd yuan

BYD Yuan

Sekarang, tidak banyak model kereta yang mempunyai tayar simpanan yang dipasang di bahagian belakang bonet seperti Jeep Wrangler dan Ford EcoSport. Oleh sebab itu, apabila ada pengeluar kereta yang melancarkan model kereta SUV dengan tayar simpanan di bahagian lampu belakang, persamaannya akan nampak ketara.

Akan tetapi, model kereta daripada pengeluar automobil China iaitu BYD Yuan kelihatan seakan-akan sama dengan model kereta SUV keluaran Ford iaitu EcoSport. Bukan sahaja persamaan pada tayar simpanannya, boleh dikatakan keseluruhan rupa bentuk BYD Yuan ini menciplak Ford EcoSport.

6. BAIC BJ80 menciplak Mercedes G-Class 

mercedes g class

Mercedes G Class

baic bj80

BAIC BJ80

Adalah sangat mudah untuk mengenali sebarang model kereta lain yang cuba untuk meniru reka bentuk ikonik pengeluar kereta terkenal Mercedes G Class. Salah satu pengeluar automobil China iaitu BAIC telah mempamerkan model kenderaan pacuan empat rodanya BJ80 yang kelihatan serupa dengan Mercedes G Class di Pameran Automobil Antarabangsa China.

Namun, ia tidaklah begitu mengejutkan apabila BAIC meniru rekaan Mercedes kerana syarikat itu merupakan pengedar kenderaan Mercedes di China. Orang ramai mungkin ternanti-nanti apakah model seterusnya yang akan ditiru oleh BAIC hasil "inspirasi" daripada kenderaan terkenal Jerman itu.

7. LandWind X7 menciplak Range Rover Evoque

  range rover evoque

Range Rover Evoque

landwind x7

LandWind X7

Salah satu model kenderaan syarikat Jiangling Motors yang terkenal ialah LandWind X7 kerana diketahui mempunyai reka bentuk yang hampir sama dengan Range Rover Evoque. Pada Pameran Motor Shanghai 2017, Jiangling telah mempamerkan LandWind X7 berwarna putih dan hampir sukar untuk dibezakan dengan model Range Rover Evoque.

Walaupun hampir serupa, kedua-dua kenderaan ini mempunyai beberapa berbezaan menurut pakar pemerhati. LandWind X7 dikatakan mempunyai kualiti kulit pada tempat duduk yang lebih baik, namun hanya mempunyai 188bhp dengan 8 kelajuan automatik manakala Range Rover Evoque pula mempunyai 237bhp dengan 9 kelajuan automatik.

8. Zotye SR9 menciplak Porsche Macan 

porsche macan

Porsche Macan

zoyte sr9

Zotye SR9

Salah satu lagi kenderaan keluaran syarikat automobil Zotye iaitu SR9 juga kelihatan seakan satu deja vu. Model SR9 yang dipamerkan di Pameran Motor Shanghai 2017 ini kelihatan tidak jauh berbeza dengan kenderaan berjenama terkenal iaitu Porsche Macan.

Walaupun kebanyakan ciri pada kedua-dua kenderaan ini hampir sama, terdapat beberapa perbezaan seperti bentuk lampu, gril hadapan, dan Porsche Macan tidak mempunyai rail pada bumbung. Satu lagi perbezaan paling ketara ialah harga. Harga bagi sebuah Porsche Macan adalah lima kali ganda lebih mahal daripada SR9.

9. Zotye E200 menciplak Smart ForTwo

smart fortwo

Smart ForTwo

zotye e200

Zotye E200

Satu lagi model kenderaan keluaran Zotye Auto yang dikatakan jelas menciplak model kereta dari luar ialah kereta model E200 yang kelihatan seakan-akan sama dengan kereta bersaiz kecil Smart ForTwo yang semakin mendapat sambutan.

Kereta elektrik model E200 yang mempunyai dua pintu ini berada di pasaran tempatan China sejak dari September 2017 lagi. Namun, ia bukanlah begitu mengejutkan kerana sebelum ini, Zotye Auto sudahpun menciplak kereta Smart ForTwo ketika melancarkan model E30 mereka pada Pameran Motor Shanghai 2015.

10. Geely GE menciplak Rolls-Royce Phantom

rolls royce phantom

Rolls-Royce Phantom

geely ge

Geely GE

Jika anda tidak mempunyai RM 1.5 juta untuk membeli kereta mewah seperti Rolls-Royce Phantom, kereta keluaran China iaitu Geely GE yang berharga RM 200,000 adalah jauh lebih murah dan mampu dimiliki. Dari sudut rekaannya, Geely GE kelihatan seakan-akan sama dengan kereta mewah Rolls-Royce Phantom ini.

Dengan rekaan bentuk badan dan jeriji krom hadapan yang hampir serupa, sukar untuk membezakan kedua-dua kenderaan ini dari jauh. Sebenarnya, banyak lagi model kereta dari China yang meniru kereta model terkenal daripada luar. Selagi ketiadaan kawalan dalam hak cipta rekaan antarabangsa, masalah kenderaan ciplak ini mungkin akan berterusan untuk satu jangka masa yang panjang.

Rujukan:

1. Auto Express

2. Independent

3. Hot Cars

4. Auto Car




Hakcipta iluminasi.com (2017)