Oleh pada 07 Aug 2018 kategori

Di dalam dunia moden kini samada sedar atau tidak, kita banyak menggunakan produk dari luar negara. Kerana kecanggihan pengangkutan dan perhubungan memudahkan segalanya untuk diperolehi.

Terutamanya kepada masyarakat bandar yang didedahkan dengan pelbagai produk import, namun pernahkah anda terfikir sejauh mana rangkaian produk antarabangsa ini? Kami ingin kongsikan bersama anda 10 jenama yang telah berjaya sampai hampir ke seluruh pelusuk dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Starbucks

starbucks 888

Peru terkenal dengan pelbagai perkara dan salah satunya ialah penghasilan biji kopi. Peladang kecil di sana menghasikan biji kopi untuk dihantar ke seluruh pelusuk dunia. Jadi jika anda berkunjung ke Peru pasti anda ingin merasakan keaslian kopinya yang terkenal itu.

Namun apa yang pelik tentang negara pengeluar kopi terbaik ini ialah kebanjiran kedai kopi dari luar. Di pinggir bandar Lima di Miraflores, sudah terdapat 8 cawangan Starbucks, sesuatu yang kita tidak jangkakan dari negara pengeluar kopi ternama ini. Begitulah besarnya rangkaian Starbucks di seluruh dunia.

Starbucks juga terdapat di 18 negara eropah yang lain, beberapa negara besar Asia dan termasuk Australia dan New Zealand. Bukan setakat itu sahaja malah cawangan Starbucks juga dibuka di Afrika, Timur tengah dan sesetengah kawasan Amerika Selatan.

9. Nike

nike china

Walaupun sukar bagi jenama luar untuk memecah masuk China, namun satu jenama ini “Just Do It” dan mereka berjaya. Itulah Nike yang berjaya membuka cawangannya di Nanjing Xi Lu di Shanghai dan menjadi pakaian sukan nombor 1 di sana.

Mereka berjaya melakukannya apabila mendengar maklum balas atlet China dalam mereka bentuk pakaian atau kasut mengikut kesesuaian pengguna. Akan tetapi sedikit malang apabila jualan Nike di China semakin menurun walaupun masih menjadi jenama pendahulu pasaran di sana.

Bukan itu sahaja kisah Nike meluaskan rangkaiannya namun syarikat itu juga mempunyai ibu syarikat di Jepun dan Holland, yang merangkupi segala operasi jualan bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika.

8. Nestle

nestle

Siapa yang tidak kenal dengan Nestle? Syarikat pengeluar makanan terbesar di dunia ini berasal dari Switzerland. Ia telah diasaskan oleh Henri Nestle (lahir sebagai Heinrich Nestle) pada 1866 dan kini ia mempunyai 447 buah kilang di 194 negara dengan lebih 339,000 orang pekerja.

Ia juga merupakan pemegang saham 'terbesar syarikat kosmetik terbesar dunia iaitu L’Oreal. Pelbagai produk yang dihasilkan seperti makanan bayi, makanan kesihatan, snek boleh dijumpai di hampir setiap kedai dan pasaraya.

Walaupun Nestle mempunyai beberapa kontoroversi di beberapa negara membangun kerana dengan agresifnya membuat pemasaran untuk menggantikan susu ibu dengan produknya sehingga diboikot di peringkat antarabangsa.

Satu lagi yang dipertikaikan ialah slogan syarikat ini “syarikat peneraju dunia dalam makanan bernutrisi dan menyihatkan”, kerana seperti kebanyakan tahu ianya tidaklah benar.

7. Ford

ford

Ford Motor Company atau lebih terkenal dengan hanya Ford, adalah syarikat Amerika yang ditubuhkan pada 1903 oleh Henry Ford. Anda boleh menjumpai jenama kereta ini di mana-mana negara samada di Madagascar, Brunei, Korea atau di mana sahaja.

Ini kerana ia telah berkembang ke semua benua dan negara yang sukar dicapai. Syarikat kereta yang ke-5 terbesar dunia ini menghasilkan sebanyak 5.5 juta kenderaan pada tahun 2010.

Walaupun nama syarikat ini sudah besar dan dikenali ramai namun ia kurang terlibat dengan sebarang kontroversi sebaliknya menumpukan perhatian menghasilkan pelbagai model kereta.

6. Pepsi

pepsi

Ia mungkin bukanlah minuman paling terkenal dunia namun tidak boleh dinafikan pengaruh Pepsi kepada pengguna global, dengan produk mereka berada dari Alaska ke Australia.Tidak hanya dengan itu, Pepsi menggunakan pelbagai ikon sukan dan hiburan sebagai duta mereka dengan bayaran puluhan juta USD. Tidak hairanlah jika ia boleh didapati di mana-mana negara sekalipun.

Akan tetapi kejayaan datang dengan bayaran. Jenama ini mendapat masalah di India kerana menggunakan sebahagian besar kandungan dari air bawah tanah, dan juga beberapa racun serangga di dalam minumannya. Ini menyebabkan ia diboikot dan diharamkan di Kerala, India (bersama-sama Coca-Cola). Bantahan diadakan di jalanan dengan orang memecahkan botol minuman Pepsi kerana marah.

Dalam tindak balasnya Pepsi telah melancarkan beberapa kempen bantuan masyarakat di India. Hasilnya reputasi Pepsi semakin pulih namun negara lain juga perlu berwaspada dengan syarikat yang hanya mementingkan keuntungan seperti ini.

5. Apple

apple 852

Bukan semua jenama global menjadi popular kerana hasil usaha mereka sendiri. Ini termasuk syarikat alatan eletronik dunia iaitu Apple yang terkenal sebagai salah satu jenama paling ditiru di dunia.

China menjadi tempat di mana ramai pegeluaran tiruan seperti iMacs, iPads dan iPhone dilakukan. Bukan itu sahaja malah di Taiwan mereka mempunyai Steve Jobs palsu (gambar) yang menjual teh di TV. Di Iraq pula terdapat versi tiruan Apple Store yang tersendiri.

Namun dengan kata lain ini bermakna jenama Apple sudah begitu terkenal sehingga menjadi mangsa tiruan yang semakin berleluasa. Dengan cawangan di serata Eropah, Asia, Afrika dan tempat lain juga, mereka sedang meluaskan jajahan jenama mereka.

4. Microsoft

microsoft 691

Syarikat yang menghasilkan dan menjual perisian komputer ini mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi. Syarikat mega ini sudah mempunyai cawangan syarikat di lebih 150 negara. Itu baru pejabatnya sahaja, produk yang dihasilkan mereka mencapai lebih jauh lagi.

Boleh dikatakan hampir semua orang di dunia kenal produk Microsoft ini dan jika anda tidak pernah mendengarnya kemungkinan anda adalah dari puak orang asli yang jauh dari ketamadunan. Sebagai salah satu gergasi di dalam industri, ia tidak lari dari tuduhan memonopoli pasaran, sesuatu yasng sukar dinafikan Microsoft itu sendiri.

Ini kerana mereka juga sering terlibat dengan projek komuniti di negara yang mereka masuki seperti projek Microsoft 4 Afrika. Mungkin disebabkan ini mereka dikenali dan menjadi salah satu kuasa besar di dalam perisian komputer.

3. BBC

bbc

Sementara syarikat Microsoft baru menjadi pesaing di pasaran antarabangsa, British Broadcasting Corporation (BBC) telahpun menjadi salah satu syarikat yang berjaya tersebar ke seluruh pelusuk dunia untuk seabad lamanya. Syarikat dari Britain ini ditubuhkan pada 18 Oktober 1922 iaitu 96 tahun yang lalu dan merupakan yang rangkaian syarikat penyampai berita paling tua di dunia.

Kini ia mempunyai seramai lebih 20,950 kakitangan tetap di seluruh dunia dengan 16,672 daripadanya terlibat dengan bidang penyiaran. Terdapat berita dalam pelbagai bahasa di setiap negara yang mempunyai saluran BBC.

2. Coca-Cola

coca cola

Kebanyakan jenama besar di dalam senarai ini berasal dari Amerika. Salah satunya ialah jenama ikonik dunia iaitu Coca-Cola. Anda boleh mendapatinya di mana-mana sahaja malah di dalam hutan pulau Belize di kepulauan Carribean.

Sebuah keluarga mempunyai kedai yang dipanggil Chan Chich di dalam hutan di Belize ini. Coca-Cola bukan sahaja bertanggung jawab memenuhi kafein di seluruh dunia malah mereka mendakwa mereka bertanggungjawab di atas keseronokan di atas muka bumi ini seperti yang dinyatakan di dalam meter gembira di dalam gambar.

Adakah anda percaya dengan dakwaan ini? Atau adakah gula yang berlebihan membuatkan mereka gembira, seketika?

1. McDonalds

mcdonalds 913

Tiada jenama lain sehebat seperti McDonalds. Tiada yang lebih seragam darinya. Mungkin sesetengah cawangan mempunyai perbezaan namun jika anda membeli Big Mac, tidak kira di negara mana sekalipun anda akan mendapatkan Big Mac yang sama.

Terdapat lebih dari 34,000 cawangan yang telah dibuka di 123 negara dengan harga yang berbeza-beza. Bukan sahaja di ibu kota malah terdapat juga cawangan McDonalds di Teluk Guantanamo akan tetapi malangnya ia hanya dibuka untuk pihak tentera sahaja.

Walaupun makanan ini digemari ramai orang termasuk kanak-kanak dan mudah didapati, tidak bererti ianya diet yang baik dan menyihatkan.

Rujukan:

1. smashinglists




Hakcipta iluminasi.com (2017)