Oleh pada 17 Oct 2018 kategori

Apa yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka yang berjuang dalam perang yang dahsyat? Pada satu ketika dalam sejarah, semua penduduk di seluruh dunia harus bertanya soalan tersebut kepada diri mereka sendiri.

Mereka telah mencatu makanan dan bekalan, menyusun semula karier mereka, mengubati tentera yang cedera sendiri malah menjaga percakapan mereka setiap hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketika Perang Dunia I, seorang wanita Amerika Syarikat bernama Anna Coleman Ladd menggunakan kemahirannya sebagai seorang artis untuk mengubah kehidupan para tentera yang cacat dalam peperangan dengan cara yang sangat mendalam.

Pertempuran dalam WWI adalah sangat berbeza daripada peperangan sebelumnya. Abad ke-20 membawa hasil Revolusi Perindustrian bersamanya dan dalam kes ini, ia termasuklah senjata mesin.

perang dunia pertama

Dalam perang tersebut, para tentera terpaksa mengelak daripada hujan peluru termasuk serpihan-serpihan tembakan.

Kira-kira 21 juta orang tercedera dalam perang tersebut dan walaupun kebanyakan daripada mereka pulang dengan anggota badan yang cukup, namun sesetengah kehilangan dagu, hidung, bibir, tulang pipi dan banyak lagi.

Ini adalah tidak mengjutkan kerana peperangan parit melibatkan banyak aktiviti di mana mereka perlu mendengap untuk melihat sama ada situasi baik atau sebaliknya. tentera yang mengalami kecacatan pada wajah akibat perang

Pembedahan membina semula wajah merupakan teknologi yang tersangat baru ketika itu.

Walaupun sesetengah pengamalnya mempunyai pengalaman memperbaiki kecacatan wajah yang kecil, namun pakar bedah ketika itu dibentangkan dengan tugas yang menakutkan dengan tiba-tiba untuk "membina" semula keseluruhan wajah tentera yang cedera.

Anna Coleman Ladd merupakan seorang pengukir dari Boston yang berpindah ke Perancis semasa WWI bagi membolehkan suaminya bekerja dengan Palang Merah.

anna coleman ladd 532

tentera tentera yang menerima rawatan daripada anna coleman ladd

Setelah mengetahui tentang nasib tentera-tentera ini, beliau dengan bantuan Palang Merah telah menubuhkan sebuah studio sendiri di Paris yang dikenali sebagai "Studio untuk Topeng Potret".

Rupa-rupanya Anna mempunyai bakat dalam menghasilkan topeng potret. Sebelum wujudnya anggota wajah palsu pada hari ini, topeng dibuat untuk menutup bahagian yang rosak pada wajah tentera yang mana kadang-kala melibatkan kesuluruhan wajah.

Hasil kerja Anna sangat dipuji sebagai yang terbaik dan setiap topeng mengambil masa sebulan untuk dihasilkan. Video di bawah menunjukkan rakaman sebenar Anna dan pembantunya di studio mereka bekerja: 

Bagi menghasilkan topeng yang menyerupai muka tentera sebelum rosak setepat yang mungkin, mula-mula sekali, Anna perlukan gambar muka asalnya.

Selepas luka dari kecederaannya dan sebarang pembedahan berikutnya sembuh sepenuhnya, Anna dan pasukannya memulakan kerja mereka.

Anna mengambil acuan plaster dari seluruh wajahnya dan dari situ, beliau akan memasukkan tanah liat atau plasticine pada acuan tersebut.

Topeng-topeng tersebut dihasilkan daripada tembaga yang sangat nipis dan biasanya diletakkan pada tempatnya pada muka dengan menggunakan cermin mata.

acuan plaster

pembedahan wajah oleh anna coleman ladd 5

pembedahan wajah oleh anna coleman ladd 6

Anna melukis setiap topeng dengan enamel ketika mereka memakainya supaya beliau boleh mendapatkan tona kulit yang sehampir yang boleh.

Bulu pada wajah seperti misai, bulu mata dan buku kening ditambah di akhir proses menggunakan rambut sebenar.

Walaupun studio Anna hanya beroperasi selama setahun, namun beliau dan 4 orang pembantunya telah menghasilkan 185 topeng yang mana mengubah hidup pelanggannya membolehkan mereka terus hidup bersama keluarga, mendapat kerja serta tidak perlu menyembunyikan diri.

Anna Coleman adalah perintis dalam prostetik wajah dan hasilnya sangat luar biasa walaupun topengnya rapuh, mudah pecah dan tidak memulihkan pergerakan serta fungsi muka.

pembedahan wajah oleh anna coleman ladd 3

pembedahan wajah oleh anna coleman ladd 4

Kini, prostetik muka digunakan dalam situasi di mana pembentukan semula pembedahan mustahil secara teknikal atau tidak disyorkan untuk pesakit kerana sebab-sebab lain.

Ahli bedah muka moden masih menggunakan plaster dan cat namun mereka menggunakan bahan pergigian yang model seperti batu resin die, sejenis gypsum yang tersangat kuat dan mempunyai sifat seperti plaster, dan cat pula dicampur dengan silikon.

Jadi, tiada siapa kini terpaksa meletakkan anggota wajah buatan dengan menggungnya menggunakan cermin mata lagi, seperti yang dihasilkan oleh Anna Coleman Ladd.

Walaupun begitu, hasil kerja Anna telah membuka jalan untuk banyak kerja anaplastologi yang baik hari ini, dan hasilnya adalah sangat membanggakan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)