Oleh pada 18 Apr 2024 kategori

Kredit foto: Instagram GSC Cinemas

         

Filem aksi terbaharu arahan Syafiq Yusof yang dinanti-nantikan, "Sheriff: Narko Integriti" bakal menghidangkan sisi gelap dunia polis kepada penonton. Dibintangi oleh pelakon utama seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Syafinaz dan Elizabeth Tan, ia akan membawa penonton melalui rentetan aksi yang dramatik dan mendebarkan.

Dikarya bersama Skop Productions dan Astro Shaw, filem yang mengetengahkan kisah misteri dan keberanian pasukan polis ini dijadualkan untuk tayangan perdana pada 18 April 2024, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

         

sheriff movie 2024

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Sinopsis

Tidak kira beruniform atau tidak, mereka yang terlibat dengan dadah dan korupsi akan ditangkap dan dihadapkan kepada undang-undang, termasuk anggota polis.

"Sheriff : Narko Integriti" mengisahkan tentang Syerif, seorang pegawai polis dari Jabatan Integriti, yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer'. Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik. Mereka menghadapi cabaran besar dalam menumpaskan sindiket dadah yang dipimpin oleh Tony Ifrit, seorang raja dadah kejam yang terlibat dalam pengedaran methamphetamine atau syabu. Sindiket ini selalu terlepas daripada cengkaman undang-undang.

Dalam misi itu, mereka menghadapi dugaan yang berat, namun mereka berdua bertekad untuk membawa keadilan kepada mereka yang teraniaya dan menegakkan undang-undang tanpa mengira kedudukan atau pangkat. Adakah mungkin Meth Killer berada di dalam Jabatan Narkotik itu sendiri?

         

Baca: Info Dan Sinopsis Dough (Doh), Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle, Kini Di Netflix!

Baca: Info Dan Sinopsis The Djinn's Curse (Khong Khaek), Filem Seram Thailand 2023, Kini Di Netflix!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru Di Platform Netflix (2024), Mesti Tonton!

         

sheriff movie

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

        

Pelakon / Cast

Dalam mengemudi filem ini, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Syafinaz dan Elizabeth Tan memainkan peranan sebagai watak utama.

          

sheriff narko integriti

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

        

Keunggulan naskhah ini diperkukuhkan lagi dengan penyertaan pelakon-pelakon terkenal seperti Amir Nafis, Kodi Rasheed, Hazama, Shaharuddin Thamby, Azri Iskandar, Hasnul Rahmat, Esma Daniel, Natasya Mahyan dan Kamal Affandi Hashim.

        

Watak Pelakon

Zul Ariffin sebagai DSP Sheriff

Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nazri

Datuk Aaron Aziz sebagai Tony Ifrit

Azira Shafinaz sebagai ASP Syazlin

Elizabeth Tan sebagai ASP Jennifer Wong

Hazama Azmi sebagai Amirul

Amir Nafis sebagai Farouk

Shaharuddin Thamby sebagai Tuan Malik

Esma Daniel sebagai Roslan

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem ini terhasil daripada kolaborasi antara produksi Astro Shaw dan Skop Productions, Syafiq Yusof selaku penulis dan pengarah.

Skrip filem turut diproduksi dengan kerjasama Nazifdin Nasrudin.

          

sheriff narko integriti online film rating

Kredit foto: Instagram TGV Cinemas

         

Tarikh Tayangan

"Sheriff: Narko Integriti" akan menggegarkan industri pawagam tempatan dengan penayangan di Malaysia mulai 18 April 2024, termasuk Singapura dan Brunei.

        

Kutipan

Tayangan awal - Melebihi RM1 juta

Tayangan awal dan 2 hari tayangan - RM6.4 juta

Tayangan awal dan 3 hari tayangan - RM11.4 juta

Tayangan awal dan 4 hari tayangan - RM16.3 juta

7 hari tayangan - RM22.1 juta

9 hari tayangan - RM28 juta

11 hari tayangan - RM35.3 juta

         

*Kutipan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

         

          

Judul: Sheriff: Narko Integriti

Genre: Aksi, Jenayah, Kepolisan, Misteri, Psikologi

Bahasa: Melayu

Kos pembikinan / Bajet : RM6 juta (Berdasarkan sumber Wikipedia)

Durasi: 2 jam 13 minit

Klasifikasi: 16

        

Kredit video: Film Sheriff: Narko Integriti - Full Official Movie Trailer. Release date 18 April 2024

        

Kredit video: SHERIF | THE MAKING OF SHERIFF

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)