Oleh pada 23 Mar 2021 kategori
hard to heart sakinah 415

Kredit foto: Astro Gempak

   
Rancangan 'Hard To Heart' merupakan sebuah program bual bicara yang dikemudikan pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Haji Nawawi.
  
Menampilkan temubual bersama selebriti-selebriti ternama, para tetamu yang hadir bakal berkongsi kisah jatuh bangun mereka sepanjang menceburi dunia hiburan.
   
hard to heart astro

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

  
Ia sekaligus merungkai sisi terlindung selebriti yang selama ini hanya dihakimi berdasarkan cerita-cerita kontroversi yang tersebar di media.
  
Para personaliti akan membuka mulut bagi memberi pencerahan, manakala Aznil yang juga mesra disapa 'Pak Nil' selaku pengendali program, bakal menadah telinga sebagai seorang pendengar.
  
hard to heart sharifah sakinah

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi

   
Pelbagai rahsia dikongsikan dalam perbualan dari hati ke hati ini, malah pertanyaan-pertanyaan yang diajukan bersifat terlalu peribadi, namun dilontarkan secara tidak provokatif.
  
Tiada soalan khusus disediakan, justeru tetamu yang hadir akan bercerita mengikut keselesaan mereka.
  
hard to heart 293

Kredit foto: Instagram Wawa Zainal

  
Artis jemputan yang bakal memeriahkan setiap episod adalah pelakon Sharifah Sakinah, Nabila Huda, Bella Astillah dan Aliff Aziz serta Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
  
hard to heart astro ria

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

  
'Hard to Heart' menemui penonton saluran Astro Ria mulai 18 Mac 2021, setiap Khamis, jam 11 malam.
  
  

Kredit video: BEHIND THE SCENE - Sharifah Sakinah #hard2heart​

  
Sumber:
   


Hakcipta iluminasi.com (2017)