Kredit foto: Instagram Neelofa

    

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa, 30, berkongsi foto dan rakaman video bersama tiga orang sepupunya iaitu penyanyi Qalisha Ray, CT Ray dan Natalia Amran.

Kiriman itu dimuat naik menerusi entri di laman Instagram miliknya buat tatapan peminat.

   

tudung neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa

    

Difahamkan, rakaman itu merupakan momen ketika sesi fotografi kempen raya jenama tudungnya yang bakal dipasarkan kelak.

“Perhubungan antara keluarga adakalanya melibatkan penggambaran sesi fotografi @zaloramy kempen raya bersama sepupu-sepupu saya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

    

sepupu neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa

   

Entri berkenaan telah mencuri perhatian ramai warganet yang memberikan pelbagai reaksi balas menerusi ruangan komen.

Rata-ratanya memuji kejelitaan keluarga pengacara Meletop itu, termasuk ada yang menganggap keturunan mereka mempunyai rupa paras yang menarik.

"Memang satu keturunan semua cantik eh!!

"Omg korang muka satu pattern je semua.

"Subhanallah cantiknya semua. Dah macam kembar.

"Sepupu sepapat memasing lawa", komen beberapa netizen.

Sehingga kini, status yang dikongsi pada pagi Isnin itu meraih lebih 83,000 tanda suka daripada wargamaya.

     

meletop neelofa

Kredit foto: Instagram Neelofa

   

Info Ringkas Neelofa

  • Pemilik nama penuh Noor Neelofa binti Mohd Noor.
  • Lahir di Pasir Mas, Kelantan pada 10 Februari 1989. 
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perdagangan Antarabangsa Dan Pemasaran daripada Kolej Universiti Sunway (kini Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor.
  • Berketinggian 1.57 meter.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)