Kredit foto: Neelofa & Instagram @lofa.page

Majlis akad nikah antara pasangan Noor Neelofa dan suaminya, Pencetus Ummah (PU) Riz berlangsung dengan meriah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Acara tertutup diadakan seawal pukul 10 pagi itu dihadiri anggota keluarga dan sahabat rapat kedua-dua belah pasangan.

Berikut dikongsikan info penuh dan fakta menarik mengenai majlis perkahwinan yang menjadi 'trending' di laman sosial, Twitter, itu.

pu riz 434

Kredit foto: Instagram @lofa.page

1. Berdekorasi umpama sebuah taman, empat tan bunga segar berwarna putih digunakan untuk menghiasi pelamin berbentuk Jabal Rahmah - sering dikaitkan sebagai lokasi untuk memohon jodoh. Tujuh jenis bunga berkenaan, antaranya mawar, orkid dan baby breath.

neelofa nikah 397

Kredit foto: Instagram @lofa.page

2. Dekorasi impian Neelofa itu dijayakan khidmat perunding perkahwinan, Reka Teemor dalam tempoh sebulan.

neelofa haris 858

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

3. Majlis diiringi dengan alunan zikir dan dendangan lagu-lagu nasyid daripada kumpulan Inteam termasuk penyanyi Lah Ahmad.

adik neelofa 961

Kredit foto: Instagram Ameera Khan

4. Sekitar 150 tetamu yang hadir mengenakan pakaian serba putih. Bagi wanita yang tidak bertudung pula diminta memakai selendang.

5. Pasangan pengantin dinikahkan oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor dengan sekali lafaz pada jam 11.43 pagi.

6. Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hadir bagi memberikan khutbah dan tazkirah secara ringkas.

7. Bentuk hantaran yang diterima Neelofa bagaimanapun tidak didedahkannya, sebaliknya hanya menyatakan dia diberikan sebentuk cincin daripada pihak lelaki.

ayah neelofa

Kredit foto: Instagram Athisha Khan

8. Antara kelibat selebriti yang hadir sebagai tetamu termasuk Datuk Rizalman, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aisyah, Hannah Delisha, Shalma Ainaa dan Kilafairy.

9. Busana Neelofa mendapat sentuhan daripada pereka fesyen Alia Bastamam, manakala jurumekap Sharman Yee pula bertanggungjawab dalam aspek solekan.

pu riz neelofa 345

Kredit foto: Instagram @lofa.page

10. Lima set menu makanan adalah kudapan (rempeyek, kuih loyang, kuih bahulu), pembuka selera (kerabu pais aneka laut), sup (sup ekor lembu berempah), sajian utama (ayam masak madu tomato, udang galah bakar berempah, dalca sayur mamak, nasi briyani utara) dan pencuci mulut (butir nako, lompat tikam, buah-buahan).

neelofa pu riz 589

neelofa 749

Kredit foto: Neelofa & Instagram @lofa.page

Baca: Selepas Kahwin, Neelofa Dedah Sikap PU Riz Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Selepas Kahwin, Akhirnya Neelofa Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan PU Riz

Baca: Biodata Neelofa

Baca: Biodata PU Riz, Suami Neelofa

Baca: Biodata Noor Nabila, Kakak Neelofa

Baca: Biodata Noor Kartini, Ibu Neelofa

Baca: Biodata Ameera Khan, Adik Neelofa

Baca: Biodata Athisha Khan, Adik Neelofa

Baca: Biodata Faliq Khan, Adik Lelaki Neelofa

Baca: Biodata Penyanyi Qalisha Ray, Sepupu Neelofa

Baca: Biodata Chef Adamdidam, Sepupu Neelofa

Sumber:

1. Empat tan bunga segar penuhi dekorasi pelamin berbentuk Jabal Rahmah, alunan zikir dan nasyid iringi majlis Neelofa dan PU Riz

2. Neelofa sah milik PU Riz

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)