Oleh pada 16 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Mynewshub

Video temubual pasangan pengacara Meletop, Nabil Ahmad dan Neelofa dengan tetamu undangan di studio, Datuk Hans Isaac mendapat perhatian pelayar Youtube.

Baru sahaja dimuat naik dua hari lalu, namun telah meraih hampir 300 ribu tontonan! 

Dalam video itu, Nabil sempat bertanyakan soalan panas kepada Hans berkenaan hubungan cintanya dengan Neelofa.

Peminat dunia hiburan sedia maklum dengan kisah cinta pasangan ini suatu ketika dahulu yang terputus di tengah jalan.

Soal Nabil, adakah jejaka ini akan kembali menjalinkan hubungan istimewa dengan Neelofa memandangkan dirinya kini kembali memegang status solo.

Berbicara dengan tenang, Hans tampil dengan jawapan yang tersendiri.

"Kami berdua kini ada hidup masing-masing. Tetapi soal jodoh kita tak tahu. Kita boleh rancang apa yang kita nak, tapi benda itu akan jadi lain

"Bagi saya, buat masa sekarang, 'kedai' dah tutup, 'kedai' saya tutup maksimum, saya tak tahu bila kedai itu nak buka balik.

"Saya rasa mungkin kalau terbuka balik, perlu seseorang yang agak istimewa untuk buka hati saya semula," kata Hans.

Dalam pada itu, sikap profesional yang ditunjukkan bekas pasangan kekasih ini mendapat pujian netizen di ruangan komen.

Hans hadir di Meletop untuk mempromosikan program terbarunya, Lawak Ke Der Coverline yang ke udara setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam di saluran Astro Warna.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)