Oleh pada 30 May 2021 kategori
sumbang suara

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  
Program hiburan, Sumbang Suara merupakan sebuah rancangan pertandingan nyanyian 2021 yang bersiaran di saluran TV3.
  
Memulakan tayangan pada 30 Mei 2021, setiap hari Ahad.
  
sumbang suara tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Konsep Program

Lima video nyanyian terpilih yang menghiburkan dan dihantar oleh orang ramai bakal dipaparkan pada setiap episod.
  
Hanya seorang daripada mereka yang akan diangkat sebagai juara berdasarkan kesungguhan yang dipamerkan tanpa mengambil kira soal bakat.
  
Bukan penyanyi bagus yang dicari, namun sekadar membuka peluang kepada mereka yang mempunyai minat dan keinginan yang kuat, tetapi tidak dianugerahkan bakat nyanyian.
  
Kemenangan akan berpihak kepada peserta yang dilihat berusaha gigih dengan turut memperlihatkan keyakinan yang tinggi, disertakan kreativiti dan kesungguhan yang kuat.
   

Hadiah

Pemenang setiap minggu akan menerima habuan berupa wang tunai sebanyak RM500.
  
sumbang suara minggu

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Pengacara

Dikelolakan oleh pengacara terkenal, Elly Mazlein.
  
sumbang suara episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Juri

Penyanyi Awie yang menggunakan gelaran 'Tok Zen' dan Hazama (Bang Zen) akan mewakili netizen dalam menentukan siapakah yang layak diangkat sebagai juara berdasarkan kriteria persembahan yang dianggap paling 'meletop' meskipun bersuara sumbang!
  

Durasi Dan Bilangan Episod

13 episod  yang mana setiap tayangan berdurasi 30 minit.
  
hadiah sumbang suara

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Waktu Tayangan

Bermula 30 Mei 2021 pada setiap hari Ahad, jam 10.30 malam di saluran TV3.
  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)