Oleh pada 21 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Famili Duo merupakan sebuah pertandingan realiti nyanyian famili berbahasa Melayu pertama di Malaysia.

Ia adalah 'spin-off' daripada rancangan Family Singing Show yang ke udara di saluran 8TV.

Seramai 40 pasangan peserta terdiri daripada selebriti popular dan ahli keluarga yang bakal berentap sekaligus membuktikan keupayaan bakat nyanyian masing-masing.

   

famili duo tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Konsep

Lima pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan beradu nasib pada setiap episod.

Mereka diuji menerusi dua pusingan iaitu cabaran menyanyikan lagu saduran dan nyanyian di atas pentas.

Dalam pusingan pertama, ahli keluarga yang lebih berusia diberi tanggungjawab untuk menentukan lagu saduran bagi penghasilan sebuah video muzik.

Lagu saduran itu bakal didendangkan bersama melodi yang diberi nafas baharu, serta rakaman yang dilakukan di dalam studio

Manakala pusingan kedua menyaksikan ahli keluarga yang lebih muda menentukan lagu untuk dipersembahkan di atas pentas.

family duo

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Peserta

Barisan peserta terdiri daripada empat puluh pasangan selebriti popular bersama ahli keluarga masing-masing yang mana mereka mempunyai salah satu daripada pertalian berikut:-

   

1. Adik beradik.

2. Ibu bapa dan anak.

3. Suami isteri.

4. Sepupu.

5. Ibu bapa saudara.

Episod sulung menyaksikan penampilan pasangan adik beradik iaitu Amira Othman dan Irfan Haris; Yamani Abdillah dan Zaki Yamani; Naim Daniel dan Emylia Izzati; Syafie Naswip dan Sapawi serta Tajul dan Beby Acha.

Yamani dan Zaki ditabalkan sebagai juara mingguan.

Bagi senarai penuh peserta untuk kelapan-lapan episod, baca artikel: Senarai Peserta Program Famili Duo (TV3) 2021

Juri

Kerusi juri yang diberi peranan melakukan pengadilan, diduduki oleh dua figura ternama tanah air iaitu Didie Alias dan Mark Adam.

Format Penjurian

Pemarkahan seratus peratus terletak di tangan juri.

famili duo peserta

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Hadiah

Hadiah wang tunai RM10,000 menanti setiap juara mingguan.

Penaja

Foodpanda selaku peneraju platform makanan dalam talian Asia Pasifik, bertindak sebagai penaja utama.

   

Tempoh Siaran

Bersiaran selama lapan episod.

Pengacara

Pengacara Uyaina Arshad diberi mandat untuk memegang tugasan sebagai hos.

family duo tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Waktu Siaran

Mulai 14 Februari 2021, setiap Ahad, jam 9 malam di TV3.

Juga boleh ditonton secara langsung di saluran YouTube TV3 Malaysia.

        

Baca: Famili Duo TV3 Musim 3 (2023) : Senarai Peserta, Keputusan Markah Mingguan, Lagu Tugasan, Cara Undi

Baca: Famili Duo TV3 Musim 2 (2022) : Senarai Peserta & Info Penuh

Kredit video: [LIVE] Famili Duo (2021) Episod 1

Sumber:

1. 40 pasangan selebriti berentap dalam Famili Duo

2. TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)