emir mira filzah

Kredit foto: Instagram Mira Filzah & Instagram Wan Emir Astar

   

Tahniah, pelakon Mira Filzah bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar malam ini! Bukan calang-calang pilihan hati Mira.

Tanpa membuang masa lagi, jom ikuti butiran lanjut perkahwinan yang menjadi bualan hangat di kalangan netizen ini.

   

mira filzah nikah 482

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

   

Siapa Wan Emir Astar - Tunang Dan Bakal Suami Mira Filzah

  • Nama penuhnya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
  • Berkelulusan dari United Kingdom (UK).
  • Bekerja sebagai seorang arkitek.
  • Bukan rakan sekolah Mira sebagaimana yang didakwa segelintir pihak, sebaliknya hanya baru dikenali aktres itu pada tahun lalu.
  • Untuk biodata penuh, anda boleh baca artikel: Biodata Wan Emir Astar

   

wan emir astar 711

Kredit foto: Instagram Wan Emir Astar

   

Majlis Pernikahan

  • Majlis pernikahan bakal berlangsung pada 3 September 2020 (sebelah malam) bertempat di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara.
  • Tayangan secara langsung di saluran YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam.
  • Turut disiarkan secara eksklusif dalam program MBuzz di TV3, jam 9 malam untuk siaran selama 10 minit.

   

mira filzah 66

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

    

Kronologi Kisah Perkenalan

  • Emir pada mulanya menghantar mesej langsung (DM) pada Ramadan 2019, namun tidak dilayan Mira kerana menganggap ianya sekadar layangan mesej daripada peminat biasa.
  • Emir kemudiannya mengirimkan DM kepada ibu Mira. Ibu Mira yang mengenali Allahyarham bapa Emir, menceritakan tentang latar belakang keluarga jejaka itu kepada Mira.
  • Mira pada asalnya enggan memikirkan soal cinta selepas melalui beberapa fasa kegagalan dalam perhubungan, namun akhirnya terbuka hati selepas dipujuk ibunya untuk mengenali Emir dengan lebih mendalam.
  • Mira membalas DM Emir dan mula berkomunikasi di WhatsApp.
  • Pertemuan pertama mereka berlaku pada Oktober 2019 yang mana Mira hadir bersama dua kawan rapatnya.
  • Mengambil masa dua bulan untuk mengenali hati budi masing-masing.
  • Mira kemudiannya membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga hanya selepas lima hingga enam kali pertemuan.
  • Emir merisik Mira menerusi rombongan bersama keluarga pada Disember 2019.

   

emir

Kredit foto: Instagram Wan Emir Astar

   

Perkahwinan Dipercepatkan

Mereka sepatutnya bernikah pada Oktober 2020 seperti yang berjaya dihidu media, namun tarikh perkahwinan terpaksa dipercepatkan agar kakak sulung Mira yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS) tidak perlu berulang alik selepas menghadiri majlis resepsi adik bongsu mereka, baru-baru ini.

Setiap kali ke Malaysia, kakak Mira perlu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari rentetan pandemik COVID-19.

   

mira filzah kahwin

Kredit foto: Instagram Mira Filzah

   

Perkahwinan / Resepsi

  • Bersanding dalam tiga majlis resepsi.
  • Tidak menggunakan mana-mana tajaan kerana Mira ingin menggunakan konsep atas ideanya sendiri.
  • Majlis resepsi kedua yang diadakan di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada 4 September (sebelah malam) akan ditayangkan dalam siaran secara langsung di saluran TV3.
  • Majlis resepsi ketiga pula dijadualkan pada 6 September di sebuah premis acara di Puchong, juga akan disiarkan secara langsung di TV3 menerusi program Melodi.
  • Pasangan pengantin ini merancang untuk berbulan madu di Langkawi.

   

Baca: Biodata Mira Filzah

Baca: Biodata Penyanyi Wan Imar Izzat, Adik Wan Emir Astar 

Baca: Giliran Wan Emir Astar Buka Mulut Kisah Perkenalan Dengan Mira Filzah

Baca: Biodata Pengacara Shalma Ainaa, Isteri Wan Imar Izzat

Baca: Biodata Penyanyi Shalma Eliana, Adik Pengacara Shalma Ainaa

    

Kredit video: [LIVE] Majlis Akad Nikah Mira Filzah & Wan Emir

    

Sumber berita: Mira Filzah, Emir nikah malam ini

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)