Kredit foto: thecoverage.my & freemalaysiatoday.com

Diajukan pertanyaan bila mahu berkahwin, hos sensasi, Azwan Ali mendedahkan identiti wanita yang dicarinya secara terperinci.

Azwan yang popular dengan trademark 'Amboi Amboi Amboi' memberitahu, dia ingin mencari isteri seperti aktres Neelofa dan penyanyi Wany Hasrita.

"Ada yang tanya tentang kahwin. Saya sebenarnya nak cari isteri, hidung macam Neelofa, senyuman pula macam Wany Hasrita. Manis... oh angin (sambil menyanyi).

"Sebenarnya saya sudah 52 tahun. Saya rasa Karangkraf sahajalah jadi media rasmi. Kita kahwin dalam ini sahaja," kata pemilik nama penuh Mohamed Azwan Haji Ali itu.

Azwan membuat kenyataan dalam temubual secara langsung bersama Sinar Harian.

Pengacara yang pernah membintangi filem Aku No. 1 bersama Aznil Nawawi ini, bagaimanapun memberitahu, dia hanya sekadar berjenaka.

Katanya, dia akur dengan ketentuan Tuhan sekiranya takdir telah tertulis dia tidak akan beristeri dan berkeluarga sehingga ke akhir hayat.

"Tidaklah, saya hanya bergurau. Saya harap pelayar-pelayar alam maya juga tahu saya seorang yang bagaimana.

"Kalau saya tak kahwin sampai mati sekalipun, tak apalah. Itu bahagian (kehidupan) saya.

"Maknanya Allah dah takdirkan saya macam itu. Tak ada keluarga dan tak ada anak. Itu tak jadi isu. Saya redha dan pasrah," katanya lagi.

Azwan yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya pada tahun 1991, pernah menjadi antara pengacara paling popular di Malaysia.

Sumber berita: Facebook Media Hiburan 




Hakcipta iluminasi.com (2017)