Oleh pada 03 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

    

Pengenalan

Pencarian Hero Remaja merupakan sebuah program yang mengetengahkan bakat baharu dalam industri hiburan bagi memberikan pengaruh dan imej yang dapat menginspirasikan serta membawa aura positif kepada golongan remaja.

Hero Remaja kini memasuki edisi kesepuluh selepas tiga dekad sejak diperkenalkan pada tahun 1990.

    

Bekas Juara Hero Remaja

Hero Remaja 1990 - Esma Daniel (Pelakon)

Hero Remaja 1993/1994 - Suhaidi

Hero Remaja 1997 - Wan Shahlim

Hero Remaja 1999 - Kusyairi Ahmad

Hero Remaja 2001 - Zed Zaidi (Pelakon)

Hero Remaja 2004 - Zawen Anwar

Hero Remaja 2007/2008 - Kamal Adli (Pelakon)

Hero Remaja 2012 - Fattah Amin (Pelakon)

Hero Remaja 2017 - Alif Muhaimin (Pelakon)

    

Lain-lain peserta Hero Remaja yang mencipta nama termasuk Ashraf Sinclair, Fizo Omar, Ammar Alfian, Idris Khan, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Fendy Bakry, Hafidz Roshdi dan ramai lagi.

    

peserta hero remaja 2020 437

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

    

Konsep

Hero Remaja edisi 2020 membawakan 12 peserta yang telah ditapis daripada 600 calon yang hadir ketika sesi ujibakat yang berlangsung pada 21, 22, 28 dan 29 Disember 2019.

Peserta yang terpilih bakal menjalani penggambaran selama dua bulan di mana mereka akan dikuarantin daripada dunia luar serta ditempatkan di bawah satu bumbung untuk menempuhi beberapa cabaran yang diaturkan dalam usaha mengasah bakat dalam bidang lakonan, pengacaraan dan peragaan.

Penilaian terhadap prestasi sepanjang pertandingan bakal menentukan juara yang bakal mengungguli musim ini.

    

Senarai Peserta

  1. Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh (Aniq)
  2. Abdul Azim Mohd Yusof (Azim)
  3. Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (Nadhir)
  4. Muhammad Hariz Muhammad Hamdan (Hariz)
  5. Mohamad Azri Abd Khair (Azri)
  6. Mohamad Haziq Nazimuddin (Haziq)
  7. Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin (Imran)
  8. Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (Meerqeen)
  9. Jazmy Khan Bin Juma Khan (Jazmy)
  10. Jabir Bin Jilani Meftah (Jabir)
  11. Thompson Goh (Tom)
  12. Muhd Umar Badrol Hisham (Umar)

    

Biodata Peserta

*Klik pautan di bawah untuk semak biodata setiap peserta.

    

Baca: Biodata Aniq Suhair (Aniq), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Azim Yusof (Azim), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Nadhir Nasar (Nadhir), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Hariz Hamdan (Hariz), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Azri Khair (Azri), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Haziq Nazimuddin (Haziq), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Imran Aqil (Imran), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Syameer Shauqeen (Meerqeen), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Jazmy Khan (Jazmy), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Jabir Meftah (Jabir), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Thompson Goh (Tom), Finalis Hero Remaja 2020

Baca: Biodata Umar Badrol Hisham (Umar), Finalis Hero Remaja 2020

     

hero remaja 2020 episod

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

    

Juri

Scha Alyahya dan Datuk Hans Isaac.

    

Kriteria Penjurian

Penilaian berdasarkan aspek ilmu pengetahuan (IQ) dan personaliti peserta.

    

Pengacara

Ain Edruce

    

Penaja Utama

Nivea Men

    

finalis hero remaja 2020 104

Kredit foto: Youtube Majalah Remaja

     

Waktu Siaran

Bersiaran sebanyak tujuh episod mulai 27 Februari 2020, setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Ria.

    

Baca: Akhirnya Didedahkan! Ini Senarai Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

     

Kredit video: Episod 1 : Live Facebook Hero Remaja 2020

    

Sumber:

1. Hero Remaja 2020

2. Rai Tiga Dekad Penganjuran, Ini Barisan Finalis Pencarian Hero Remaja 2020

3. Wikipedia Hero Remaja

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)