Oleh pada 09 Apr 2018 kategori

keputusan penuh anugerah meletop era 2018 1

Kredit foto: Instagram MeleTOP

Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME2018) yang berlangsung dengan gilang-gemilang semalam berakhir dengan mengiktiraf aktres Neelofa dan penyanyi Khai Bahar sebagai pemenang utama, kategori Artis Top Top MeleTOP tahun ini.

Ia sekaligus melayakkan kedua selebriti ini membawa pulang ganjaran wang tunai RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Lain-lain pemenang kategori turut diberi ganjaran berupa wang tunai RM5,000 serta trofi sumbangan Astro.

Acara hiburan tahunan itu dikemudi gandingan hos popular, Neelofa dan Nabil Ahmad, berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.

Siaran secara langsung ditayangkan secara serentak di di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134), jam 9 malam.

Berikut keputusan penuh bagi setiap kategori AME2018 yang dipertandingkan.

keputusan penuh anugerah meletop era 2018 2

Kredit foto: Instagram MeleTOP

Artis Top Top MeleTOP Lelaki : Khai Bahar

Artis Top Top MeleTOP Wanita : Neelofa

Artis Baharu MeleTOP: Farah Nabila

Si Cilik MeleTOP: Arif Jiwa Asyraf

Couple MeleTOP: Jep Sepahtu & Sari Yanti

Program Radio MeleTOP: JoHaRa Pagi ERA

Penyampai Radio MeleTOP: Johan

Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2017

Hos MeleTOP: Nabil Ahmad

Artis Lawak MeleTOP: Zizan Razak

Drama MeleTOP: Red Velvet

Pelakon TV MeleTOP: Neelofa

Grup/Duo MeleTOP: Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar

Lagu MeleTOP: Bayang, Khai Bahar

Filem MeleTOP: J Revolusi

Bintang filem MeleTOP: Nur Fazura

Fesyen MeleTOP: Neelofa

Anugerah Khas: Datuk Harjit Singh, bekas pembaca berita dwi bahasa dan berbakti dalam dunia penyiaran selama 45 tahun.

Pada tahun 2011, beliau diiktiraf sebagai Penyampai Berita Televisyen Paling Lama Berkhidmat oleh Malaysia Book of Records.


tags : , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)