Oleh pada 29 May 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) kembali dalam edisi kelapan bersama dengan tema busana Glam Legend menerusi tagline #YangFreshYangLegend.

AME 2021 dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 29 Mei 2022 bermula pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) serta boleh distrim online menerusi Astro GO, On Demand dan Sooka.

Sebanyak 16 kategori utama dipertandingkan dan peminat diberikan mandat seratus peratus dalam menentukan pemenang.

Namun bagi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP, buat pertama kali ia menggunakan format penjurian yang diadili sepenuhnya oleh barisan juri profesional.

Anugerah pertama Malaysia dalam fasa endemik ini juga menyajikan persembahan daripada dua generasi penggiat seni dunia muzik iaitu penghibur yang bertaraf legenda selain bintang bakat baharu.

‘AME 2021’ menggandingkan tiga personaliti popular, Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad yang mengendalikan pentas utama selaku hos program.

Namun ada kebarangkalian kelolaan edisi ini membariskan lebih daripada 3 pengacara asal.

Selain daripada itu, personaliti ERA, Danial Zaini dan Isha Norsham menggalas tanggungjawab mengemudi Konsert Tirai AME 2021 pada tayangan jam 8.30 malam.

Terdahulu, AME2021 yang sepatutnya diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pada 30 Januari lalu, ditunda.

Selepas empat bulan penantian, acara berprestij ini kembali menyemarakkan suasana industri hiburan negara.

Berikut dikongsikan senarai penuh pemenang AME untuk edisi 2021 ini:

anugerah meletop era 529

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2021 / 2022  

1. Artis Baharu MeleTOP - Dini Schatzmann (A.I In Love)

2. BBNU MeleTOP - Alyssa Dezek

3. Influencer MeleTOP - Dr Say

4. Lagu MeleTOP ERA - AEOW (Shiha Zikir & Noki)

5. Penyanyi MeleTOP ERA - Khai Bahar (Durja)

6. Grup/Duo MeleTOP ERA - Shiha Zikir & Noki (AEOW)

7. Drama MeleTOP - Kampung Pisang Bersiri-siri (Astro Citra)

8. Filem MeleTOP - Ada Apa Dengan Dosa

9. Pelakon MeleTOP - Fasha Sandha (Sihir Pemisah)

10. Bintang Filem MeleTOP - Shiha Zikir (Hantu Bonceng 2.0)

11. Artis Versatil MeleTOP - Shiha Zikir (Pelakon, Penyanyi, Youtuber)

12. Personaliti TV MeleTOP - Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 7)

13. Couple MeleTOP - Emma Maembong & Muhammad Shazli

14. Program MeleTOP - Konsert Minggu Ini - #123 Khai Bahar - RTM

15. Video MeleTOP - MV Canggung - Wany Hasrita

16. Si Cilik MeleTOP - Arianna Aubrey & Karl Kareef (Datin Eina Azman & Datuk Kaiser)

Trofi Utama

1. Artis Top Top MeleTOP (Lelaki) - Khai Bahar

2. Artis Top Top MeleTOP (Wanita) - Shiha Zikir

3. Artis Top Top MeleTOP (Grup / Duo) - Kumpulan Dolla

   

Trofi Khas

1. Anugerah Legend Muzik MeleTOP - Roslan Aziz

2. Seniman Legend MeleTOP - Hamid Gurkha

3. Anugerah Khas MeleTOP 2021 - Datuk Aznil Haji Nawawi

Untuk butiran lengkap berkaitan info AME 2021 yang antaranya merangkumi format penjurian, cara mengundi dan artis yang membuat persembahan, baca artikel: Info Penuh Anugerah Meletop Era (AME) 2021 / 2022

   

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era (AME) 2021 / 2022

Baca: Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

Kredit video: [LIVE] Persiapan Anugerah MELETOP Era 2021 I 28 Mei 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)