Oleh pada 29 Jan 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Meletop

    

Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 kembali menemui peminat seni hiburan pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bakal ke udara secara langsung di saluran Astro Ria pada jam 9 malam, selain menerusi medium digital, Astro Go dan On Demand.

Para peminat boleh mengundi bintang kegemaran masing-masing, secara dalam talian menerusi laman web rasmi AME 2020 iaitu www.gempak.com/anugerah-meletop-era dan aplikasi SYOK.

Undian fasa pertama mula dibuka pada Rabu jam 6 petang sehingga 25 Februari pukul 12 tengah hari. Hasil undian fasa pertama bakal menentukan senarai lima calon akhir daripada 20 pencalonan awal.

Lagi info lanjut Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020:

   

meletop era

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

  • Penganjuran edisi ketujuh yang mempertandingkan 15 kategori.
  • Sidang media pengumuman Top 20 berlangsung di Nicsmann 1940s by Lewre, Petaling Jaya, Selangor, sebentar tadi.
  • Membawa tema ‘Yang Epik, Yang Legend’.
  • Siti Nordiana, Mira Filzah, Naim Daniel dan Zizan Razak masing-masing menerima empat pencalonan awal TOP 20.
  • Tiga kategori baharu diperkenalkan iaitu Artis Versatil Meletop, Influencer Meletop dan Top Top Meletop untuk Grup dan Duo.
  • Tiga kategori digugurkan iaitu Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop.
  • Pembaharuan senarai kategori dibuat kerana ingin kekal relevan dengan perkembangan teknologi digital khususnya media sosial.
  • Nabil Ahmad dan Jihan Muse kekal memegang mandat sebagai hos, bersama seorang lagi pengacara yang akan didedahkan kelak.

    

Baca: Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020)

Baca: Senarai Persembahan Dan Penyampai Trofi Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

Baca: Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020

      

Senarai Kategori AME 2020

  1. Penyanyi Meletop Era
  2. Bintang Filem Meletop
  3. Pelakon Meletop
  4. Artis Baharu Meletop
  5. Grup/Duo Meletop Era
  6. Lagu MeleTOP Era
  7. Filem Meletop
  8. Drama Meletop
  9. Artis Versatil Meletop
  10. Influencer Meletop
  11. Hos Meletop
  12. Fesyen Meletop
  13. Program Meletop
  14. Couple Meletop
  15. Si Cilik Meletop

    

Sumber:

1. Siti Nordiana, Mira Filzah, Zizan Razak dan Naim Daniel terima 4 pencalonan AME2020

2. AME2020: Nabil Ahmad & Jihan Muse Kekal Hos, 3 Kategori Baru Diperkenalkan!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)