Oleh pada 03 Mar 2020 kategori

anugerah meletop era 2020

Kredit foto: Anugerah Meletop Era 2020

    

Anugerah Meletop Era (AME) 2020 yang dijadualkan pada 20 April ini bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Seperti lazimnya, peminat seni hiburan mendapat kuasa untuk mengiktiraf selebriti kegemaran melalui undian dalam 15 kategori yang dipertandingkan.

Undian fasa kedua bermula pada 3 Mac 2020, mulai jam 6 petang sehingga 12 April 2020.

Terdapat empat kaedah untuk mengundi iaitu:-

    

Cara Mengundi AME2020

  1. Melalui laman web rasmi AME2020 iaitu https://www.anugerahmeletopera.com.my
  2. Menggunakan aplikasi 'Syok'.
  3. Melalui SMS dengan menghantar AME/AME3/AME5/AME10/AME20 KOD CALON KE 32777.

    

Kemuncak AME2020 turut meraikan pemenang untuk tiga trofi utama iaitu Artis Top Top MeleTOP (Lelaki), Artis Top Top MeleTOP (Wanita) dan Artis Top Top MeleTOP (Grup/Duo).

Untuk lebih info, anda boleh baca artikel Info Penuh Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020.

Sementara itu, menerusi undian fasa pertama yang dibuka dari 29 Januari hingga 25 Februari lalu menyaksikan senarai pencalonan Top 20 telah disenarai pendek kepada Top 5.

Berikut senarai selebriti yang berada dalam kelompok Top 5 untuk penganjuran kali ini, sebagaimana didedahkan dalam sidang media AME2020 yang berlangsung sebentar tadi.

    

Senarai Calon Top 5 Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020)

    

Penyanyi Meletop Era

  1. Alif Satar (I Want You To Love Me, Sesungguhnya Aku)
  2. Ernie Zakri (Ku Bersuara)
  3. Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang, Lembah Kesepian)
  4. Khai Bahar (#123)
  5. Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

   

Bintang Filem Meletop

  1. Hairul Azreen (Wira)
  2. Mira Filzah (Sangkar)
  3. Remy Ishak (Sangkar)
  4. Syafiq Kyle (Pusaka)
  5. Zizan Razak (Polis Evo 2)

   

Pelakon Meletop

  1. Amyra Rosli (Cemburu Seorang Perempuan)
  2. Ben Amir (Sweet Dreams)
  3. Mira Filzah (Sweet Dreams)
  4. Sean Lee (Sweet Dreams)
  5. Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)

    

Artis Baharu Meletop

  1. Fieya Julia (Perasaanku)
  2. Han Byul (Big Stage Siri 2)
  3. Insomniacks (Pulang)
  4. K-Clique (Mimpi)
  5. Yusuf Bahrin (Sweet Dreams)

   

Grup/Duo Meletop Era

  1. Ariff Bahran & Sarah Suhairi (Bicara Rasa)
  2. Floor 88 (Aqilah, Hutang)
  3. Hafiz Suip & Adira (Takdir Tercipta)
  4. K-Clique ft Alif (Mimpi)
  5. Khai Bahar & siti Nordiana (Satukan Rasa)

    

Lagu MeleTOP Era

  1. Anta Permana (Dato Sri Siti Nurhaliza)
  2. Hatiku Milikmu (Siti Nordiana)
  3. Hutang (Floor 88)
  4. Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
  5. Mimpi (K Clique  ft Alif)

    

Filem Meletop

  1. Boboiboy Movie 2
  2. Ejen Ali The Movie
  3. Polis Evo 2
  4. Pusaka
  5. Sangkar

    

Drama Meletop

  1. Budok Kuba (Astro Citra)
  2. Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria)
  3. Curi-Curi Cinta (Astro Ria)
  4. Setelah Terlafaznya Akad (Astro Ria)
  5. Sweet Dreams (Astro Ria)

   

Artis Versatil Meletop

  1. Elly Mazlein (Pelakon, Hos, Online)
  2. Jihan Muse (Pelakon, Hos)
  3. Mira Filzah (Pelakon, Hos)
  4. Siti Nordiana (Pelakon, Penyanyi, Online)
  5. Zizan Razak (Pelakon, Penyanyi, Online)

    

Influencer Meletop

  1. Cupcake Aisyah
  2. Muabellaz
  3. Sofyank
  4. Sterk Production
  5. Syahmi Sazli Production

    

Hos Meletop

  1. Ain Edruce (Limaletop)
  2. Alif Satar (Big Stage Siri 2)
  3. Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2019)
  4. Jihan Muse (Gegar Vaganza Siri 6)
  5. Sherry Alhadad (Big Stage Siri 2)

   

Fesyen Meletop

  1. Alif Satar
  2. Fazura
  3. Mira Filzah
  4. Sham Visa
  5. Syafiq Kyle

   

Program Meletop

  1. #Bizibody (Intai Zoo Mini Afieq Shazwan)
  2. Big Stage Siri 2 Akhir
  3. Gegar Vaganza Siri 6 Episod 7
  4. Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir
  5. Sepahtu Reunion Live 2019 Akhir

    

Couple Meletop

  1. Alif Satar & Shadila Halid
  2. Ardell Aryana & Nadzmi Adhwa
  3. Eyra Hazali & Haziq Nadzli
  4. Hanis Zalikha & Hairul Azreen
  5. Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

   

Si Cilik Meletop

  1. Alisa Aisyah (Hanis Zalikha & Hairul Azreen)
  2. Ardy Wira (Betty Rahmad & Ardy Damis)
  3. Ayden Adrean (Bella Astillah & Aliff Aziz)
  4. Jebat Jayden (Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad)
  5. Syeriv Samheizy (Syatilla Melvin & Shaheizy Sam )

   

Trofi Utama

Artis Top Top MeleTOP (Lelaki)

Artis Top Top MeleTOP (Wanita)

Artis Top Top MeleTOP (Grup/Duo)

   

Hos: Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Alif Satar.

    

top 5 anugerah meletop era 2020

Kredit foto: Anugerah Meletop Era 2020

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)