Kredit foto: gempak.com/anugerah-meletop-era

Pelawak dan aktor Zizan Razak mendominasi senarai calon akhir Anugerah Meletop Era 2018 (AME 2018) apabila berada dalam lima kategori daripada 16 keseluruhan yang dipertandingkan.

Zizan bersaing menerusi Bintang Filem MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP bersama penyanyi hip hop, SonaOne dan Filem MeleTOP dalam filem Abang Long Fadil 2.

Kelainan yang bakal ditampilkan dalam penganjuran AME kali ini termasuk kehadiran beberapa selebriti istimewa selaku pengemudi acara bersama dengan hos utama, Neelofa dan Nabil Ahmad.

Mereka ialah Sabri Yunus, Awie, Zul Ariffin, Zizan Razak dan ramai lagi.

AME 2018 bakal ke udara secara langsung pada 8 April, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123), Maya HD (134), dibawakan dari Axiata Arena, Bukit Jalil.

Penonton juga berpeluang mengikuti Showcase Eksklusif AME 2018 melalui platform digital Astro Go dari jam 5.00 petang hingga 6.30 petang.

Berikut senarai penuh pencalonan akhir AME 2018:

Lagu MeleTOP

Bayang

Dirgahayu

Jampi

Nakal, Nakal, Nakal

Tergantung Sepi

Filem MeleTOP

Abang Long Fadil 2

Bisik Pada Langit

J Revolusi

Kimchi Untuk Awak

Tombiruo: Penunggu Rimba

Hos MeleTOP

Alif Satar

Datuk Ac Mizal

Jihan Muse

Nabil Ahmad

Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin

Neelofa

Nur Fazura

Syafiq Kyle

Zizan Razak

Penyanyi MeleTOP

Ayda Jebat

Hael Husaini

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Siti Nordiana

Bintang Filem MeleTOP

Janna Nick

Nur Fazura

Zizan Razak

Zul Ariffin (J Revolusi)

Zul Ariffin (Tombiruo)

Couple MeleTOP

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Akim Ahmad & Stacy

Amyra Rosli & Amar Baharin

Jep Sepahtu & Sari Yanti

Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Si Cilik MeleTOP

Aaisyah Dhia Rana

Arif Jiwa Asyraf

Lara Alana

Syeriv Samheizy

Yusuf Iskandar

Pelakon TV MeleTOP

Fattah Amin

Neelofa

Siti Nordiana

Syafiq Kyle

Zul Ariffin

Program MeleTOP

Gegar Vaganza 4 - Week 1

Gema Gegar Vaganza

Maharaja Lawak Mega 2017

Sepahtu Reunion Live 2017

Tazkirah Malam Jumaat

Artis Baharu MeleTOP

As’ad Motawh

Farah Nabilah

Fendy Bakry

Hannah Delisha

Wany Hasrita

Artis Lawak MeleTOP

Fikry Ibrahim

Jep Sepahtu

Kamal Adli

Sharifah Sakinah

Zizan Razak (Abang Long Fadil 2)

Penyampai Radio MeleTOP

DJ Lin

Fad

Jep

Johan

Radin

Grup/Duo MeleTOP

Akim & The Majistret

Caliph Busker ft Faizal Tahir

Tajul & Wany Hasrita

Zizan & SonaOne

Drama MeleTOP

Cekelat Semanis Honey

Hero Seorang Cinderella

Mencintaimu Mr Photographer

Red Velvet

Titian Cinta

Program Radio MeleTOP

Johara Pagi ERA

Petang ERA

Santai Sinar

Super 40 ERA

Suria Cinta

Undian boleh dikirimkan di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan RAKU juga melalui SMS, dibuka dari 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018, jam 12.00 tengah hari.




Hakcipta iluminasi.com (2017)