madammu

Kredit foto: Instagram Eriyca Baiduri , Instagram Madammu

  
Siapa Madammu? Pemilik nama penuh Eriyca Baiduri Abd Rashid ini adalah pengasas kepada produk kecantikan tempatan, Noir Health & Beauty.
  

Biodata

Nama sebenar: Eriyca Baiduri Abd Rashid
Nama komersial: Madammu
Umur: 32 tahun (2022)
Tarikh lahir: 19 September
Asal / Tempat lahir: Terengganu, Malaysia
Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik
Pendidikan: Diploma bidang Penjagaan Diri dan Ijazah Sarjana Muda jurusan Komunikasi Massa (universiti tempatan)
Kerjaya: Usahawan kosmetik
Instagram (IG): @eriyca.baiduri
  

Latar Belakang

1. Dibesarkan dalam kehidupan yang kurang berada oleh Normah Dollah, seorang ibu tunggal yang bergiat sebagai usahawan.
2. Ibunya adalah pejuang kanser limfoma tahap 4.
3. Kakaknya, Datin Dahlia Baiduri Abd Rashid, manakala adiknya, Dayana Baiduri Abd Rashid.
4. Berkahwin di usia muda dengan Muhammad Azri Che Noh dan kehidupan dengan suaminya itu dilengkapi tiga orang anak tiri.
5. Kini dikenali sebagai founder produk kosmetik, Noir Health & Beauty yang mula dipasarkan pada tahun 2017.
  

Fakta Menarik

1. Terkenal di media sosial kerana sering mengadakan sesi lintas langsung atau 'live'.
2. Gemar berkomunikasi dalam loghat Pantai Timur.
3. Asalnya mengimpikan kerjaya sebagai seorang pembaca berita.
4. Dulu pernah bekerja dalam bidang perdagangan dan mengusahakan perniagaan restoran yang bertapak di Kuala Lumpur.
  
  

Fakta Noir Health & Beauty Sdn Bhd

1. Noir Health & Beauty Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang berasaskan kecantikan halal dan premium, paling dikenali menerusi jenama Noir Beauty Essense.
2. Perniagaan ini bermula kecil-kecilan dengan hanya beroperasi dari rumah sewaktu peringkat awal.
3. Tidak hanya terhad kepada produk kosmetik, malah juga meliputi produk berbentuk kesihatan.
4. Pernah mendapat pengiktirafan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019. Juga penerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World's BestBrands e-Branding Awards dalam kategori Cosmetic and Skin Care Solution.
5. Memegang peranan sebagai penaja utama acara hiburan, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 36 pada 2022.
6. Madammu bergelar jutawan selepas tiga tahun mengusahakan bisnes ini.
  

Gambar

suami madammu
keluarga madammu
madammu biodata
eriyca baiduri
madammu noir
noir
biodata pengasas noir
pengasas noir
biodata eriyca baiduri
madammu noir biodata
ajl 567
  

Video

  
Sumber:
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)