Oleh pada 12 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @fashasandha

     

1. Mengisahkan tentang Sofea yang terbeban sejak suaminya meninggal dunia hingga memaksa dia memerah keringat mendapatkan sumber pendapatan. Bagaimanapun, Sofea menyalahgunakan rezeki yang diperoleh untuk bergaya sambil mengejar cinta lelaki berduit bernama Rosli iaitu suami Yanti yang juga seorang pengurus kafe. Sofea kemudiannya mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya, Haris serta ibunya, Fatimah. Dek kerana itu, Haris hilang arah hingga terjerumus dalam kancah gejala sosial. Suatu hari, anak muda itu telah ditahan reman kerana mencuri telefon bimbit. Sofea pula ditimpa malang satu-persatu termasuk apabila Rosli akhirnya bertukar menjadi papa kedana. Keinsafan yang datang menggerakkan hati Sofea untuk memohon ampun daripada ibunya, namun apa yang kemudian terjadi mengundang penyesalan yang tiada sudah.

    

info drama semua salahku 2

Kredit foto: Instagram @fashasandha

    

2. Lakonan mantap dramatis Fasha Sandha, Nafiz Muaz dan Fauziah Nawi, dibantu Intan Najuwa, Fadlan Hazim, Adiba Yunus, Neera Azizi dan ramai lagi.

3. Di bawah syarikat penerbitan A. Aida Production Sdn. Bhd, drama rantaian sebanyak 13 episod ini merupakan hasil garapan sutradara terkemuka, Along Kamaluddin atau nama sebenarnya, Shahrom Kamaludin.

    

Kredit video: Youtube Aries Music

     

4. Single berjudul Perasaanku dendangan penyanyi baharu, Fieya Julia dipilih sebagai lagu runut bunyi.

5. Semua Salahku boleh ditonton di slot Lestary yang ke udara bermula 11 Julai, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di saluran TV3.

     

Sumber:

1. Wikipedia Slot Lestary

2. Instagram @fashasandha

3. Youtube TV3 Malaysia Official

4. Youtube Drama Sangat Official




Hakcipta iluminasi.com (2017)